PULAU PINANG 5 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong
Pakatan Rakyat supaya tidak melanggar undang-undang apabila mengesan
kehadiran pengundi hantu kerana dikhuatiri Umno BN menjadikannya alasan
menghalang kemaraan ke Putrajaya.
“Kita tak boleh ambil tindakan undang-undang di tangan kita, kita
kena tunduk kepada proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya tapi
kalau langgar peraturan – gopoh dan marah, ini akan digunakan untuk
menentang kita.
“Jadi, saya beri nasihat tegas kepada kawan-kawan di seluruh negara
supaya pastikan kita ikut peraturan. Jangan izinkan mana-mana kawan
ambil tindakan keras dan langgar undang-undang.
“Kalau ini dilakukan, ia akan digunakan sebagai alasan untuk
mempersulit proses. Kita boleh halang, kita boleh tanya. Ikut landasan
supaya jangan dijadikan alasan untuk ganggu gugat kemenangan kita
menawan Putrajaya.
“Boleh saya dapat jaminan?” katanya sebelum dibalas laungan ‘Boleh’
dari puluhan ribu rakyat pada ceramah Grand Finale di Tapak Expo
Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Ketua
Umum KEADILAN itu kesal kerana kerajaan Umno BN bukan sahaja menipu dan
merompak kekayaan negara, malah hak rakyat untuk memilih pemimpin turut
diganggu gugat.
Selain itu, Anwar juga meminta petugas datang awal bagi mengelakkan
masalah manakala penyokong membantu memantau keadaan sekitar termasuk
kemungkinan samseng Umno mengganggu kelancaran proses PRU 13.
“Lepas undi jangan balik. Mengundi kemudian pantau kawasan supaya
jangan ada gangguan lain. Jangan ada samseng sebelah sana ganggu
mana-mana petugas kita,” katanya.
Mendedahkan maklumat terbaru betapa Umno semakin hilang sokongan
hingga terpaksa meminta pertolongan daripada Tun Dr Mahatir Mohamad
dalam kempen mereka, beliau menyifatkan Pakatan memiliki peluang baik
untuk menawan Putrajaya pada PRU 13.
“Yakinlah, Ini peluang terbaik,” katanya.
0 Komen pengunjong :