Majlis Pimpinan PR pertimbang pilihan raya berasingan


KUALA LUMPUR : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada pilihan raya negeri untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat akan diadakan bersama pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.
Menurut laporan laman Malaysiakini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pandangan Menteri Besar dan Ketua Menteri perlu diambil berkenaan perkara ini.
“Pertemuan antara menteri besar dan ketua menteri akan diadakan dan perkara ini akan diputuskan secara bersama.
“Mungkin pilihan raya negeri Kelantan diadakan bersama PRU, tapi mungkin Selangor tidak”, kata Anwar.

0 Komen pengunjong :