Pindaan PPPA untuk kawal internet langkah ke belakang

NATIONAL UNION OF JOURNALISTS MALAYSIA (NUJ Malaysia) bimbang dan kesal dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Usaha untuk meminda PPPA untuk mengawal maklumat di dalam internet termasuk laman berita, blog dan Facebook merupakan tindakan kebelakang dan sekaligus menyekat pengaliran maklumat kepada orang ramai serta akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara mundur dalam pengaliran maklumat.
Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segera sebarang usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas serta menghapuskan keperluan untuk memperbaharui permit akhbar setiap tahun serta membenarkan mana-mana syarikat atau individu untuk menerbitkan akhbar tanpa perlu mendapatkan permit daripada KDN.

*Kenyataan media oleh Hata Wahari (gambar kiri) selaku Presiden NUJ Malaysia

0 Komen pengunjong :