Konvensyen BN Serlah Tekanan Najib Kemaraan PR



KUALA LUMPUR 6 DIS : Serangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan ketua eksekutif negara itu menghadapi tekanan perasaan yang hebat.
Di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amukan Najib di persidangan Barisan Nasional menzahirkan keadaan sebenar Presiden Umno itu.
Semalam, Perdana Menteri Najib menghabiskan 20 minit dari masa ucapannya menyerang Pakatan Rakyat, dan memberitahu 2,300 perwakilan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat terbabit dalam aktiviti jahat, merbahaya, dan anti-kebangsaan.
"Beliau semakin terdesak, dan jelas sekali dia merasa tertekan meskipun seluruh jentera kerajaan ditujukan terhadap saya dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain," 
"Perdana Menteri menggunakan polis, badan kehakiman dan semua media di bawah kawalannya untuk menyerang saya dan pemimpin lain secara bertubi-tubi. Tetapi dalam masa yang sama, dia merasa tertekan,"

0 Komen pengunjong :