Gagal Hubungi Shamsul Jadi Alasan Waran Tangkap

SHAH ALAM 22 SEPT: Disebabkan Polis Selangor gagal menghubungi Shamsul Iskandar Mat Akin untuk meminta memberi keterangan, pihak berkuasa itu mahu mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Polis menganggap Shamsul Iskandar enggan bekerjasama berikutan kertas siasatan kes melibatkan kenyataannya terhadap polis mengenai pengendalian polis dalam kes Datuk Sosilawati Lawiya, sudah dibuka.
Berikutan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis menganggap waran tangkap sebagai jalan terakhir.
Sebelum ini, Shamsul Iskandar sudah membuat kenyataan terbuka yang turut dipetik media arus perdana mengenai kesediaannya untuk bekerjasama dengan polis, dalam kes itu.
Beberapa kakitangan TV Selangor sudah memberikan kenyataan kelmarin dan semalam, berikutan penyiaran berita berbentuk pendapat bertarikh 1 September mengenai kes Sosilawati.

0 Komen pengunjong :