Syarikat 'Replika Cek' Disenarai Hitam

KOTA BHARU, 22 SEPT:  Sebuah syarikat yang didakwa membuat pengumuman sumbangan RM4 bilion dengan menyampaikan replika cek kepada Nik Din Nik Mat, akan disenarai hitam Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata adiknya itu juga tidak pernah dilantik sebagai wakil kerajaan negeri untuk menerima sebarang sumbangan temasuk replica cek berkenaan.
Bercakap kepada sidang media, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) pula tidak ada sebarang hubungan dengan kerajaan negeri atau dianugerah sebarang projek di negeri ini.
“Saya tak hantar langsung wakil  untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” kata Mursyidul Am Pas itu.
Beliau mengakui pemilik syarikat berkenaan  ada menemuinya di rumah dan pejabat tetapi ia langsung tidak menyentuh soal pelantikan wakil pada majlis penyerahan sumbangan itu.
Dua hari lalu,  I’DA World mengumum sumbangan RM4 billion kepada Pas Kelantan pada satu majlis makan malam di sebuah hotel.
Replika cek disampaikan Pengerusi Eksekutif I’DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang turut  menafikan beliau mewakili mana-mana pihak, sebaliknya hadir atas kapasiti peribadi.
Exco Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyifatkan syarikat itu boleh menjejaskan kerajaan negeri dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan, khususnya berhubung motifsumbangan.
“Ia  akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tidak hadir sebab memang tidak pernah bincangpun,” katanya.

0 Komen pengunjong :