Utusan Jangan Jadi Pandir Ambil Sumber Yang Juga Pandir

Oleh Mak Bonda


Sekali fikir, macam membuang masa saja  menaip kata-kata nasihat pada media Utusan Bin Umno-BN ini.

Tetapi dua kali fikir, aaaahhh….apa  salahnya...memang   menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat
cerdik untuk menegur kepandiran  saudara kita. Islam itu bersaudara. Ingat mengingat dan pesan memesan itu tanggungjawab.
Putarbelit dan fitnah tanpa malu Utusan bukan kes kali pertama. Dah jadi budaya nampaknya bagi Utusan untuk terus merudumkan imejnya untuk dilihat sebagai balaci Umno-BN.

Rakyat Malaysia pun sudah tidak pelik lagi dengan segala cerita dongeng penglipur lara Najib Razak dan
kabinet dapurnya serta pencinta mereka.

Cumanya, kita ingin mengingatkan Utusan, supaya belajar berfikir menggunakan aqal yang dianugerah
Allah itu sebelum meneruskan kerja-kerja jahat kalian!

Janganlah nampak sangat kepandiran tu!!

Kita semua tahu akan keghairahan pimpinan Najib untuk membenamkan Anwar Ibrahim dan Pakatan
Rakyat.

Budak-budak muda cukup arif dengan usaha-usaha menghitam legamkan perwatakan
pemimpin-pemimpin rakyat  yang tulin terutamanya beliau, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi
serta Lim Guan Eng .
Usaha melaga-lagakan PAS, KEADILAN dan DAP juga sudah mangli bagi kita.
Begitu juga usaha membunuh suara Pakatan Rakyat melalui KDN  dengan menzalimi organ parti iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket  jelas terserlah  kebobrokan  1Malaysia.  

Kita faham masalah besar Utusan yang walaupun hari-hari keluar di pasaran tanpa sebarang halangan
dari KDN, tetapi masih gagal menyaingi Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

Justeru Utusan sepatutnya muhasabah diri, semak dan samak segala najis yang ditabur merata
tu….pastikan Utusan membina semula imej sebagai media yang ada maruah dan boleh dipercayai, barulah akan diterima rakyat cerdik minda!

Masa itu, tidak perlu lagi media Pakatan Rakyat dizalimi yang mengakibatkan imej KDN dan pimpinan
PM  yang sudah hitam tampak lebih legam.

Kita dengan ini ingin menasihatkan Utusan supaya jangan  terburu nafsu. “Do your homework!”
Sekarang bukan tahun 50an zaman rakyat buta maklumat.

Kut ya pun nak fitnah Anwar , biarlah nampak cerdik sikit!

Utusan bukan akhbar setahun jagung! Setakat nak mengambil cerita merapu tanpa kredibiliti, tidak perlu lah sampai keluar negara. Dalam Malaysia pun banyak malaun yang cari makan dengan membuat fitnah.
Bebas sebebasnya!! 

Utusan sepatutnya tidak menjadi agen Amerika atau pro Barat dengan memuatkan cerita Elaine Meinel
Supkis lalu menganaktirikan blogger tempatan yang 
menjaja cerita senada.
Siapakah malaun Elaine Meinel Supkis yang kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan
senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat?
Kemungkinan besarnya, ini juga agen Zionis Apco yang dibayar Najib untuk survival Umno-BN.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :