Rakan Perjuangan Beng Hock Ikrar Tegakkan Keadilan, Bongkar Kebenaran

NILAI 17 Julai - Keluarga dan sahabat terdekat mendiang Teoh Beng Hock hari ini menziarahi kuburnya di Nirvana Memorial Park, Semenyih sempena  memperingati setahun kematiannyaa pagi tadi.
Suasana pilu dan tangisan menyelubungi seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mendiang Beng Hock, pembantu politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati  semasa disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ibu mertua Beng Hock dilihat meratapi pemergian Beng Hock yang sepatutnya menjadi menantunya pada hari yang beliau ditemui mati.
Lebih kurang 150 orang hadir dalam majlis yang berlangsung selama dua jam setengah, kebanyakannya telah berada di situ sejak pukul 8 pagi tadi.
Anak mendiang, Teoh Er Jia yang berusia empat setengah bulan juga hadir buat kali pertama di khalayak ramai.
"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," kata isteri Beng Hock, SohCher Wei yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan.
Rakan seperjuangan Beng Hock  mengambil peluang memberikan ucapan bagaimana mereka memperingatinya, tetapi kebanyakkan berkata akan memperjuangkan keadilan ke atas kematian tragik shabat mereka itu.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata semasa menziarahi kubur Beng Hock  beliau akan mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat perkata itu.
Pada masa yang sama beliau turut membidas inkues yang sedang berjalan gagal untuk mendedahkan perkara sebenar.
Pembantu kepada Exco Selangor berusia 30 tahun itu ditemui mati di Tingkat 5, Plaza Masalam, di mana ibu pejabat negeri SPRM terletak ketika itu.
Sebelum itu banyak teori timbul dalam soal bagaimana mendiang mati dan inkues yang sedang didengar  dikatakan bercanggah dengan bukti yang dikemukakan ahli patologi yang dilantik SPRM  yang mengatakan kemungkinan beliau membunuh diri.
Ahli patologi yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand pula berkata 80 peratus kemungkinan Beng Hock telah dibunuh.

Kembara Jr.......... walaupun sudah setahun berlalu namun pembunoh Beng Hock masih bebas. Semoga perjuangan semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan akan berjaya mencapai keadilan untuk Beng Hock.

0 Komen pengunjong :