Ingat semua akbar ikut cakap mereka, padan muka !!! - Akhbar langgar perintah Taib

See Chee How
KUCHING: Empat akhbar hari ini melanggar perintah boikot yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri supaya tidak membuat liputan sidang akhbar anjuran pemimpin-pemimpin PKR.
Sementara lapan pertubuhan berita lain berpengkalan di Sarawak tidak menghantar wakil mereka untuk menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, di ibu pejabat parti kelmarin.

Sebelum ini, hampir semua akhbar menghantar wartawan mereka membuat liputan sidang media PKR.
Beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak mengetahui tentang perintah boikot itu merasa hairan kerana mendapati hanya beberapa kerat wartawan sahaja yang datang untuk mendengar taklimat.
Ketua Penerangan PKR, See Chee How, mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi kesemua akhbar dan menjemput mereka supaya menghantar wakil ke sidang akhbar itu.
Ketidakhadiran mereka boleh difahami kerana kebanyakan pertubuhan akhbar, sama ada pro-Barisan Nasional atau dimiliki oleh tauke-tauke balak kerana bimbang lesen mereka ditarik balik.
Awal bulan ini, perintah boikot dikeluarkan terhadap editor dan pemilik akhbar-akhbar berikutan tiga laporan kepada Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Laporan-laporan itu mendedahan tentang nilai hartanah berbilion ringgit di Kanada, Amerika Syarikat, England dan Australia yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan keluarganya.
Para pemimpin PKR mahu SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Arahan itu, yang dibuat melalui Jabatan Penerangan, jelas sebagai tindak balas terhadap para pemimpin parti itu.
Bian baru kembali dari London di mana beliau pergi melihat bangunan yang dipercayai milik keluarga Taib.
Melahirkan rasa marahnya terhadap hartanah di luar negara yang begitu meluas dimiliki oleh ketua menteri dan keluarganya, Bian berkata, apa yang rakyat tahu hanya sedikit sahaja.
"Bagi kami, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila kami membaca satu persatu laporan mengenai hartanah Taib dan keluarganya," katanya.
Bian membidas arahan itu, dengan berkata, arahan itu adalah reaksi dari manusia yang "kurang siuman".

- FMT

Kembara Jr.......... nampaknya trend terbaru Umno/BN sekarang ialah memaksa media arus perdana mengikut telunjuk mereka dalam membuat sesuatu liputan.Mreka akan arahkan benda ini boleh buat atau benda ini tak boleh buat. Kes naik harga barang media dipaksa mengunakan perkataan yang lembut dalam melembutkan hati pengguna. Sekarang ini ada arahan pulak supaya jangan menghadiri majlis yang diadakan oleh parti pembangkang.Nampak sangat puak-puak ini dalam keadaan bercelaru. Takut kepada bayang-bayang sendiri. Kita lihat dulu apa pulak akan mereka lakukan selepas ini.

0 Komen pengunjong :