Pemuda MCA buat laporan polis terhadap Perkasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa(Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan  yang keterlaluan.

“Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa,” katanya kepada pemberita di IPD berkenaan.

– Bernama

Kembara Jr.......... Harap-harap pehak polis mengambil tindakkan sewajarnya keatas lapuran yang dibuat. Edisi sulong Suara Perkasa muka hadapannya terang-terang jika dibiarkan boleh memecah belahkan keharmoni kaum di Malaysia. Jnganlah kerana lapuran polis yang dibuat ini dari parti lawan, tidak ada tindakkan yang diambil.

0 Komen pengunjong :