Akhbar Sarawak di larang lapor kekayaan Taib



KUCHING: Pemilik dan editor akhbar-akhbar di Sarawak dilarang dari menerbitkan laporan mengenai hartanah bernilai berbilion ringgit yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.
Arahan dari Jabatan Ketua Menteri dibuat berikutan beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak Suruhanjaya itu menyiasat hartanah Taib.
Jabatan itu mengeluarkan arahan baru-baru ini kepada pemilik dan editor akhbar melalui Jabatan Penerangan Negeri.
taib mahmud3_250_220Arahan itu juga memberitahu para editor supaya tidak menghantar para wartawan membuat liputan sidang media oleh PKR di negeri itu, dilihat sebagai tindak balas terhadap langkah sayap pemuda parti itu membuat laporan dengan SPRM berhubung kekayaan Taib.
Ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today semalam, beberapa editor enggan memberi sebarang komen tentang arahan tersebut.
Bagaimanapun, Editor Kumpulan ‘Borneo Post’ dan ‘Utusan Borneo’ Jimmy Adit berkata beliau mendengar tentang arahan itu daripada rakan sejawatnya tetapi menafikan menerima arahan tersebut.
"Bagaimana mungkin kami tidak menyiarkan kenyataan PKR itu jika kenyataan itu baik, tidak terikat dari segi undang-undang atau menimbulkan kemarahan?  Mereka tidak boleh mengeluarkan arahan seperti itu," katanya.
Tiga laporan kepada SPRM telah dibuat terhadap Taib selepas portal berita ‘The Sarawak Report’, menyiarkan artikel mendakwa Taib dan keluarganya memiliki hartanah bernilai berbilion ringgit di luar negara.
Anak perempuannya, Jamilah dilaporkan menerajui empair perniagaan di Kanada, England dan Australia.
Beberapa blog dan laman web menonjolkan laporan-laporan yang mana parti kepunyaan Taib, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu mensifatkannya sebagai satu pembohongan.
Parti itu juga menubuhkan unit media untuk memantau lebih dekat laporan-laporan ini dalam blog dan laman web dan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membidas "pembohongan" itu.
- FMT 


Kembara Jr.......... apakah motif sebenarnya akhbar Serawak dilarang dari menerbitkan laporan mengenai hartanah bernilai berbilion ringgit yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud ?? Mungkinkah beliau takut rakyat benar-benar tau yang beliau mempunyai banyak harta dan bagaimana harta itu diperolehi. Kalau betul harta itu dimiliki secara betul kenapa takut? Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

0 Komen pengunjong :