Pakatan ajak BN bantah kenaikan tol

PULAU PINANG, 1 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai mesyuarat bersama dengan Pakatan Rakyat negeri berbincang mengenai bantahan kenaikan kadar tol Jambatan Pulau Pinang.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan diadakan pada 3 Julai ini. Perbincangan utama ialah tentang kenaikan harga tol jambatan dari RM7 ke RM9.40 mulai 2013 nanti.


“Penentang kena dibuat sekarang, tidak guna bila semuanya dah setuju," ujarnya.

Jelasnya, kenaikan harga tol bukan masalah politik sebaliknya menjadi beban kepada rakyat, maka wajar penentangan bersama diadakan.


Sehubungan itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon disaran menanggalkan fahaman politik sempit untuk bersama-sama Pakatan Rakyat membantah kenaikan tol yang dilihat tidak munasabah.

“Kita harus duduk semeja mengatakan bantahan ekoran kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang.  Kita mesti tolong rakyat yang tertindas bukan mengambil kesempatan menekan mereka,” ujarnya lagi.

Jika Koh Tsu Koon berani, tambahnya, beliau ke hadapan dalam isu itu, bukan mengatakan sokongan terhadap tindakan menaikkan kadar tol itu.

Sebagai sebuah kerajaan yang pernah memerintah Pulau Pinang, katanya BN harus prihatin dengan cadangan kenaikan tersebut sebab rakyat di kedua-dua belah sama ada pulau atau tanah besar sering menggunakan jambatan untuk berulang alik ke tempat kerja atau menziarahi keluarga.

"BN sepatutnya lebih prihatin dalam isu ini, bukan diam membisu dengan membiarkan Pakatan Rakyat sahaja berkokok.  Yang lain kena ambil bahagian sama," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh.

- Harakahdaily

Kembara Jr.......... Jangan harap Koh Tsu Koon nak bersama bantah kenaikan harga tol ini. Dia dari puak yang membuat keputusan harga tol naik macam mana boleh bersama. Nanti dicopkan flip flop pulak. Soal rakyat dia peduli apa. Rakyat susah tak pe jangan puak-puak dia yang susah.......

0 Komen pengunjong :