"Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.
Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan PAS terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.
"Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah," katanya.
Muhyiddin juga berkata kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.
"Sesiapa sahaja boleh tubuhkan...nak kata Chinese PERKASA ke, Malay ke, Indian PERKASA," katanya mengulas cadangan naib presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah PERKASA Cina ditubuhkan.

- Malaysiakini
Kembara Jr..........nampak sangat kedudukan Umno/BN tergugat sekarang. Beria-ia benar mereka hendak menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS. Tujuanya hanyalah satu iaitu apabila kerjasama ini terjalin Umno/BN akan kembali kuat. Jadi mereka tidak akan kehilangan kuasa. Itulah tektik yang sedang digunakan untuk mengembalikan kekuatan Umno sekarang. Fikir-fikirlah wahai PAS tektik Umno/BN tu.
0 Komen pengunjong :