Tian Chua : Tidak Akan Buat Rayuan

Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Tian Chua tidak akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman denda yang telah dikurangkan RM1,000, tetapi masih dilihat berhadapan dengan risiko hilang kerusi Parlimen Batu. Meskipun Beliau menganggap kerusinya “selamat”, tetapi komponen Pakatan Rakyat berpandangan sebaliknya.

Pengerusi DAP Karpal Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa undang-undang adalah jelas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengenakan denda ke atas wakil rakyat, kurang RM1,000 berbanding hukuman sebelum ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan. Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menyokong pendirian Karpal itu.

SPR merupakan badan betul untuk memutuskan kekosongan kerusi itu, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said berkata, Tian Chua masih mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

0 Komen pengunjong :