Datuk Seri Nizar : Yakin Tiada Lagi Lompat Parti Di Perak

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yakin tidak berlaku lompat parti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di Perak selepas ini. Beliau mendakwa, apa yang berlaku sebelum ini berkemungkinan tindakan pihak tertentu mempunyai maklumat mengenai kelemahan ADUN Pakatan Rakyat (PR) sehingga mampu memerangkap mereka.

Beliau turut percaya apa yang berlaku terhadap ADUN Malim Nawar, K Keshvinder Singh akibat diperangkap dan terpaksa mengisytiharkan diri wakil Bebas dan menyokong UMNO.

Nizar berkata, beliau tidak menolak ia berkemungkinan Keshvinder diperangkap berhubung wang RM45,000 yang dikatakan telah digelapkan oleh kakitangan di firma guamannya. Menurutnya, kenyataan Kesh vinder berhubung pengisytiharan keluar DAP mungkin bukan alasan sebenar.Yang itu mungkin dia telah disediakan skrip untuk dibaca dalam sidang akhbar, dan apa yang dikatakan itu kita nafikanlah," katanya.


Kembara Jr.......... Semoga apa yang diperkatakan Nizar itu akan menjadi kenyataan. Rakyat sudah jemu dengan lompat katak ini. Lagipun kalau keadaan ini berterusan sedikita sebanyak kepercayaan rakyat terhadap PR akan merosot dari masa kemasa.
Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :