Tian Chua Kekal Ahli Parlimen Batu

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan partinya boleh menarik nafas lega dengan keputusan mahkamah rayuan yang mengurangkan hukumannya kepada RM2,000 atau penjara dua bulan petang ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat itu dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara setelah disabitkan kesalahan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya.

Rayuannya didengar hari ini, di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.
Ketika rayuan disebut pada 4 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memaklumkan bahawa kedua-dua pihak baru menerima alasan penghakiman dan memerlukan masa untuk memfailkan petisyen rayuan.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman bersalah mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :