Saiful Dan Rakan-Rakannya Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Saiful Apek, atau nama sebenarnya  Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan. Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.


Kembara Jr.......... Kepada Apek dan kawan-kawan, kalau kamu semua tidak terlibat alhamdulillah, tetapi kalau memang betul kamu terlibat dengan dadah itu sedaya upaya jauhilah. Ingatlah karrier kamu, anak dan isteri kamu. Janganlah kerana benda haram tu ianya akan merosakkan seluroh masa depan kamu dan keluarga.

0 Komen pengunjong :