S Kesavan Nafi Akan Lompat

  
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang S Kesavan hari ini menafikan sekeras-kerasnya berhubung desas-desus bahawa beliau akan melompat parti. Ini sekaligus melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan mengikut jejak langkah ADUN Malim Mawar Keshvinder Singh yang keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Sebaliknya Kesavan mendakwa wujud individu yang cuba mengada-adakan khabar angin itu untuk memberi gangguan kepadanya.Malah spekulasi itu katanya bertambah hangat apabila dijadualkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal mengadakan lawatan seharinya ke Bagan Datok hujung minggu ini.


Tambahnya, beliau tetap setia bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun mengalami pelbagai rintangan dan kesusahan sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit. Menurut beliau tidak terlintas dalam fikirannya untuk keluar parti sebaliknya kekal setia bersama PKR.

Dalam pada itu, Kesavan tidak menafikan beliau didatangi ‘individu-individu’ rapat yang mempengaruhinya untuk melompat parti ketika ini.Namun beliau mengelak untuk terperangkap daripada ‘ujian’ tersebut kerana mengenangkan sokongan rakyat yang tidak putus-putus kepadanya.


Kembara Jr.......... Tak habis-habis dengan berita katak lompat, kali ni dari Hutang Melintang. Namun telah dinafikan oleh Adun tersebut, S Kesavan. Boleh percaya ke penafian ini? Sama-samalah tengok perkembangan selanjutnya.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :