P Kamalanathan Lagak Macam Speaker

KUALA LUMPUR 18 Jun - Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bertindakmelebihi kuasa Speaker apabila tidak membenarkan ahli parlimen yang lain bangun untuk mencelah.

Dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke 10 petang semalam ketika beliau membaca teks yang disediakan, beliau dengan bongkak meminta Ahli Parlimen Kota Melaka supaya diam kerana beliau mahu meneruskan ucapannya tanpa diganggu. Beliau juga tidak memberikan laluan kepada mana-mana ahli parlimen lain untuk mencelah.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee menegur tindakan Kamalanathan yang dianggap tidak bersifat parlimen itu.

"Yang Berhormat, tugas saya sebagai Speaker adalah untuk memberikan teguran atau laluan kepada ahli dewan yang lain untuk mencelah. Yang Berhormat sepatutnya tidak perlu berkata demikian kerana itu adalah tugas saya dan Yang Berhormat Hulu Selangor harus faham tugas saya. Saya tahu Yang Berhormat orang baru tapi kenalah ikut peraturan mesyuarat," kata Ronald semasa menegur Kamalanathan yang seperti tidak tahu mengenai undang-undang dan peraturan mesyuarat.


Kamalanathan yang baru dipilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah calon 'bidan terjun' BN selepas terdapat pertikaian berhubung calon kerusi tersebut.


Kembara Jr.......... Ayoyo macha, Ini macam punya orang pun ade ke ? Tak tau parlimen punya peraturan pun boleh jadi Ahli Parlimen.? Ini macam kalu, satu hari nanti Umno/BN boleh lingkup oooo, pasal itu parlimen sudah tak ade orang pandai. Yang ade cuma pandai buat lagak saja, lebeh sudu dari kuah.......

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :