Nazri Aziz : Parlimen Tidak Perlu Putuskan Kedudukan Tian Chua

PADANG RENGAS, 20 Jun — Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.

“Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk mengintepretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan. Hakim telah memutuskan bahawa dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana dia tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut dia (hakim) punya intepretasilah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya  Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider pihaknya menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.
Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008. Wan Ahmad berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada SPR dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin. Wan Junaidi berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan.

 
Kembara Jr.......... nampak sangat puak Umno/BN ni takut untuk mengadakan pilihan raya kecil kawasan Batu. Mereka sudah yakin yang mereka akan kalah kalau diadakan pilihan raya tersebut. Kalau mereka yakin menang sudah tentu awal-awal lagi SPR akan mengumunkan kerusi Batu kosong setelah keputusan perbicaraan Tian Chua diterima. Sebab itulah macam-macam dalih dibuat oleh SPR, Speaker dan Umno/BN untuk mengelak dari diadakan pilihan raya...............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :