SHAH ALAM 27 Jun - Pembongkaran isu Felda lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan adalah satu langkah awal bagi menyelamatkan institusi tersebut daripada terus dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional demi kepentingan politik mahupun peribadi individu tertentu.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Felda yang matlamat awal penubuhannya adalah untuk membela nasib Bumiputera terutamanya golongan peneroka dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka kini berubah dengan tumpuan kepada kepentingan korporat tanpa memikir pengorbanan golongan peneroka.
"Kalau benar tidak bankrap mengapa perlu melatah sedemikian rupa sehingga mahu mengambil tindakan menyaman Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin lain. Felda sepatutnya mengambil sikap terbuka dengan pendedahan tersebut kerana kritikan diberikan mempamerkan kerisauan dan keprihatinan kita.
"Felda seharusnya melihat pendedahan ini dari sudut yang positif yang dapat membantu Felda lebih berjaya. Bagi saya tindakan menyaman adalah satu tanda jelas bahawa wujud kepincangan dalam pengurusan yang ada sekarang dan ini tidak lain hanya untuk menutup kesilapan dan mengubah perhatian rakyat kepada usaha saman bukan kepada apa yang telah didedahkan.
"Usaha saman itu hanya mempamerkan unsur autoritarian yang wujud dalam institusi tersebut," jelas beliau.
Nurul Izzah berharap seluruh warga Suara Keadilan akan bertahan dan terus berani memperjuangkan kebenaran dan membongkar segala kepincangan samada dalam Felda, agensi kerajaan yang lain dan juga dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.
"Saya yakin seluruh jentera Suara Keadilan akan bertahan dan berani untuk memperjuangkan kebenaran serta membongkarkan segala kepincangan samada Felda, agensi kerajaan yang lain mahupun kerajaan BN itu sendiri.
"Rakyat menaruh harapan dengan pembongkaran itu kerana ini dapat membantu menyelamatkan dana rakyat dan juga masa depan negara. Apa yang penting kita akan pastikan proses mahkamah berjalan dengan adil dan saksama," tegas Nurul Izzah lagi.
Suara Keadilan
Salam Kembara Jr.
ReplyDelete"Pengertian FITNAH : Fitnah merupakan komunikasi kepada satu orang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas suatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain berdasarkan atas fakta palsu yang dapat mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang
Jika publikasi informasi itu palsu, terjadilah kesalahan berupa fitnah "
Maaf, saya anggap saudara/saudari sebagai islam seugama dengan saya. Felda menyaman kerana "Fitnah" dan fitnah itu adalah DOSA BESAR lebih teruk dari membunuh. Maka kerana Felda merasa di pihak yg benar dan di fitnah maka mengambil tindakan undang-undang untuk menghukum pengfitnah (baru hukum dunia belum hukuman dari Allah S.W.T). Jika Suara Keadilan mahu memberi pendedahan sacara positif atau negatif patutlah disertakan bukti hitam putih.boleh tunjuk bukti tersebut pada rakyat secara online melalui blog2 atau kalau berani melalui blog suara keadilan itu sendiri.biar rakyat baca...ni tidak main hentam saja tanpa memikirkan akibat.
Saudara/saudari,
Kalau Felda tak ambil tindakan esuk lusa keluar lagi statement dari Suara keadilan membuat kenyataan tanpa bukti sekaligus MENGFITNAH cthnya
*PM keluar islam(nah inikan sudah berunsur fitnah bila rakyat baca kerana umum mengetahui PM kita masih beragama Islam tetapi kerana publication yg keluar dari media keadilan maka rakyat membaca dan menerima tanpa BUKTI yang disertakan.
p/s : Kenapa Kembara Jr tak tunjukkan BUKTI statement hitam putih cthnya menunjukkan felda dah bangkrup? takut disaman juga? maaf sekali lagi apa yg Kembara Jr buat sekarang dah dianggap BERSUBAHAT...dan mungkin lebih teruk boleh jadi FITNAH dan hukumnya jika tak meminta maaf kepada yg di FITNAH hukumnya saudara/saudari faham2 la ya