Mayat Bayi Sangkut Dalam Tandas

SHAH ALAM – Menyedihkan apabila sekali lagi mayat bayi ditemui dalam keadaan yang lebih menyayat hati.

Kali ini, manusia bertopengkan binatang sanggup bertindak kejam cuba ‘melenyapkan’ mayat bayi di dalam tandas di sebuah hotel murah di Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, dekat sini, awal pagi semalam.

Si ibu sanggup bertindak memasukkan mayat bayinya yang cukup sifat ke dalam mangkuk tandas.

Mayat bayi itu bagaimanapun tidak dapat ‘dilenyapkan’ kerana kepala bayi tersangkut dalam mangkuk tandas walaupun sudah dipam.

Kejadian itu disedari orang awam yang ingin menggunakan tandas itu, kira-kira jam 6 pagi.

Orang awam itu sebelum mengguna dan mengepam air tandas terkejut apabila melihat kepala bayi itu tersangkut pada mangkuk tandas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pemeriksaan mendapati mayat bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan dan berumur lebih kurang enam bulan.

“Kami bagaimanapun berjaya menahan seorang wanita warga Mongolia, berusia 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi berkenaan.

“Wanita itu ditahan di hotel berkenaan dalam keadaan lemah dipercayai baru melahirkan bayi terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, wanita itu baru empat bulan memasuki negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 315 kerana menyembunyikan kelahiran dan mayat bayi di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Kembara Jr.......... ini semua kerja manusia yang tak berhati perut dan tak tahu dosa pahla. Sedangkan binatang sayangkan anak inikan pula kita manusia. Sepatutnya kita mempunyai perasaan kasih dan sayang melebehi binatang kerana kita dikurniakan akal dan sepatutnya kejadian sebegini tidak akan berlaku.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :