Showing posts with label Mayat Bayi. Show all posts

Apalah nak jadi, lagi mayat bayi ditemui

Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi berkenaan, yang masih bertali pusat, ditemui tiga lelaki yang menjala ikan di sungai itu pada pukul 11.40 pagi.

"Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.

"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.

Arjunaidi berkata bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi.

Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata beliau dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan.

"Ketika menjala ikan, kami ternampak beg itu dan berasa tidak sedap hati. Ketika mahu pulang, rakan saya mengajak untuk memeriksa beg berkenaan.

"Bila kami buka, kami terkejut apabila sepasang kaki bayi menjulur keluar. Kami lantas melaporkan pada pengawal keselamatan sebelum dia men

- Bernama
Seterusnya >>>

Mayat Bayi Sangkut Dalam Tandas

SHAH ALAM – Menyedihkan apabila sekali lagi mayat bayi ditemui dalam keadaan yang lebih menyayat hati.

Kali ini, manusia bertopengkan binatang sanggup bertindak kejam cuba ‘melenyapkan’ mayat bayi di dalam tandas di sebuah hotel murah di Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, dekat sini, awal pagi semalam.

Si ibu sanggup bertindak memasukkan mayat bayinya yang cukup sifat ke dalam mangkuk tandas.

Mayat bayi itu bagaimanapun tidak dapat ‘dilenyapkan’ kerana kepala bayi tersangkut dalam mangkuk tandas walaupun sudah dipam.

Kejadian itu disedari orang awam yang ingin menggunakan tandas itu, kira-kira jam 6 pagi.

Orang awam itu sebelum mengguna dan mengepam air tandas terkejut apabila melihat kepala bayi itu tersangkut pada mangkuk tandas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pemeriksaan mendapati mayat bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan dan berumur lebih kurang enam bulan.

“Kami bagaimanapun berjaya menahan seorang wanita warga Mongolia, berusia 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi berkenaan.

“Wanita itu ditahan di hotel berkenaan dalam keadaan lemah dipercayai baru melahirkan bayi terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, wanita itu baru empat bulan memasuki negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 315 kerana menyembunyikan kelahiran dan mayat bayi di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Kembara Jr.......... ini semua kerja manusia yang tak berhati perut dan tak tahu dosa pahla. Sedangkan binatang sayangkan anak inikan pula kita manusia. Sepatutnya kita mempunyai perasaan kasih dan sayang melebehi binatang kerana kita dikurniakan akal dan sepatutnya kejadian sebegini tidak akan berlaku.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>