Khairy Cabar Anwar Dedah Bukti Dalam 48 Jam

Ketua pemuda Umno mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Khairy berkata, sekiranya Ketua Umun PKR gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN.


Kembara Jr.......... biar betul, tak kan beri masa 48 jam aje. Tu..... yang Anwar dedah bermacam-macam pendedahan dah berapa lama, VK Lingam, Perwaja, Scorpene dan lain-lain  sampai kini belum pun di tunjukkan. Selesai yang tu dulu Khairy barulah boleh cabar. Inikan entah apa-apa, cabar tak tentu hala. Nak tunjuk hero ke atau nak mengampu ke !!!........

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :