Ibrahim Ali : PERKASA Mahu Saman Kerajaan

Dato' Ibrahim Ali berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyaman kerajaan sekiranya pelajar bumiputera cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi . Tindakan tersebut terpaksa diambil terhadap kerajaan jika hak pelajar berkenaan dinafikan kerana perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan semua pelajar bumiputera yang cemerlang mendapat biasiswa sama ada belajar dalam atau di luar negara.

Jika biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikongsi semua kaum telah dipenuhi dan menyebabkan pelajar Melayu tercicir, maka kerajaan perlu memastikan pelajar terlibat mendapat biasiswa daripada institusi lain.


Kembara Jr.......... Apa? Presiden Perkasa nak saman kerajaan, biar betul........ni semua lakonan untuk mengelak Ibrahim Ali di kata pengampu Umno/BN. Sekurang-kurangnya bila rakyat tengok mereka kata betul Ibrahim Ali bukan pengampu kerajaan, kerajaan pun dia nak saman.

Kalau betul Presiden Perkasa ni saman kerajaan, alamatnya tak boleh cari makan lah Ibrahim Ali nanti...............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :