Datuk Seri Zahrain Hashim Cabar Bekas Ketuanya

Datuk Seri Zahrain Hashim mencabar bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendedahkan bukti wakil-wakil rakyat lompat parti menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan daripada pihak tertentu. Beliau mengecam kenyataan Anwar yang dibuat ketika membahaskan usul berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar buat pertama kali mendedahkan mereka yang keluar parti dibayar ganjaran menerusi satu kenyataan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Kota Baru baru-baru ini.

“Kami dah bosan tuduhan-tuduhan beliau,ada bukti tunjuk, jika beliau tiada bukti, tutup mulut” kata Zahrain pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu Zahrain mencelah ucapan Anwar di Dewan Rakyat dengan menggesa Penasihat PKR itu agar mengemukakan bukti dokumen yang didakwanya ada pada beliau.

Bagaimanapun Anwar menjawab cabaran itu dengan berkata, beliau ada dokumen yang dimaksudkan tetapi hanya akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

“Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa apabila tiba masanya, saya akan mendedahkan maklumat tentang orang tengah yang menyediakan berjuta ringgit kepada mereka yang melompat (keluar dari PKR). Saya memberitahu Parlimen bahawa saya akan mendedahkan kemudian,” kata Anwar.

Kemudian Anwar dengan berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana membenarkannya meneruskan perbahasan sambil mengucapkan tahniah kepada Zahrain kerana ada kereta dan rumah baru.
 

Kembara Jr.......... Kenapa katak yang ini seekor tak senang dudok nampaknya, mengelabah tak tentu hala. Apakah dah terasa bahana cili yang dimakannya? Biasanya begitulah, siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :