Saiful Sahkan Najib Terlibat : DSAI

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku telah bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar yang bermula hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalah yang dihadapinya. Saiful juga memberitahu yang dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

Kembara Jr ..... Sayfool !!! Allah itu satu dan dia sentiasa berada dipehak yang benar. Kau tak tau ke? Sekarang sudah nampak satu persatu bukti yang kes liwat ll ini adalah konspirasi hendak menjatohkan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Kau dipergunakan.

Hari ini di mahkamah terang-terang kau memberitahu mahkamah yang kau ada berjumpa Najib sebelum membuat lapuran polis akan kes liwat kau. Kalau benar-benar kau di liwat apa perlunya kau jumpa Najib dan Pegawai polis tersebut? Kebiasaannya orang apabila berlaku kejadian liwat atau rogol, buat lapuran polis dan polis bawa kehospital untuk buat pemeriksaan. Itu saja. Selepas itu kerja polis untuk buat siasatan. Ini tidak, kau melibatkan Perdana Menteri dan Pegawai polis.
Ingat tuhan lah Sayfool sebelum terlewat. Dimana nak kau letakkan muka kau tu satu hari nanti apabila anak cucu kau tau bahawa kau digunakan dengan cara terhina demi mencapai cita-cita seorang...........


.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :