Ibrahim Ali Cadang Mansuh Kekebalan Ahli Parlimen



Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyarankan supaya kekebalan ahli parlimen dibatalkan ketika berucap di Dewan Rakyat supaya setiap wakil rakyat lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang tuduhan terhadap pihak lain.

Beliau membuat gesaan tersebut setelah beliau dituduh oleh ahli parlimen pakatan rakyat Saifuddin Nasution (Machang) sebagai memiliki saham dalam syarikat judi.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.
 

Kembara Jr ..... Datuk !!!! sebenarnya datuk marah dan malu kerana dakwaan ahli parlimen Machang, Saifuddin Nusution Ismail kononnya datuk memiliki saham dalam syarikat judi. Datuk nak saman tetapi tak boleh kerana Saifuddin dilindungi kekebalan. Jadi untuk melepaskan dendam datuk kerana tidak boleh saman Saifuddin, datuk mahukan kekebalan itu dimansuhkan. Bukan ke gitu tok !!!!

Tak usah mansuhkan kekebalan itu datuk, mana tau satu hari nanti ia juga berguna untuk datuk. Aku yakin orang macam datuk ni memang perlukan kekebalan tu. Aku cadangkan satu, dah tak boleh saman buatlah cara lain. Ikut saja macammana si sayfool tu buat. Bersumpah datuk !!!!! cari mana-mana masjid buat sumpah. Lepas tu orang akan percaya datuk memang tak ada saham dalam syarikat judi. 


.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :