Didakwa Dimahkamah Sebabkan Kematian Aminulrashid

Seorang koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid, remaja berusia 15 tahun yang menjadi perbualan hangat kebelakangan ini. Anggota polis tersebut, Jenain Subi, walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Gunalan.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membolehkan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh dibebaskan oleh hakim mahkamah, M. Gunalan, dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Jun.

Aminulrasyid mati ditembak polis awal pagi 26 April lalu dekat rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Kembara Jr ..... Satu nyawa telah melayang akibat dari kecuaian polis. Aku harap perbicaraan ini dijalankan seadil-adilnya agar polis yang melakukan pembunuhan ini menerima hukum yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Disamping itu semoga hukuman tersebut juga akan menjadi ingatan kepada anggota polis yang lain agar tidak melepaskan tembakan sewenang-wenangnya.

0 Komen pengunjong :