PAS Bidas Konsert 12 Jam

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya di akhbar web PAS Harakahdaily.

Kembara Jr ..... Tengoklah sahabat-sahabat minda orang-orang BN ini. Sesuatu yang boleh merosakkan anak-anak muda lebeh diutamakan daripada sesuatu yang memajukan. Sebagai pemerintah mereka sepatutnya melaksanakan program-program demi kebaikan anak muda terutamanya anak bangsa kita yang mana jauh kebelakangan dalam apa jua bidang.
Aku sedeh jika konsert itu dijalankan juga anak bangsa kita lah yang ramai terkinja-kinja dikonsert itu nanti. Macam-macam boleh terjadi disitu. Moga tuhan beri pertunjuk agar dibukakan pintu hati orang yang terlibat ini agar membatalkan konsert tersebut. Sama-samalah kita doakan. Insyaallah....

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :