Bantahan Lulus Lesen Judi Dan Konsert 12 Jam Pitbull

Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan aman membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia dan konsert 12 jam Pitbull di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis mengarah mereka segera bersurai selesai solat Jumaat.

Dilapurkan seorang peserta perhimpunan telah ditangkap. Pemuda tersebut dikatakan ditahan polis ketika cuba mempertahankan pembesar suara yang diguna penganjur dari dirampas polis.

Kembara Jr .....Polis tergamak menangkap mereka yang menyuarakan ketidak puasan hati kerana kerajaan umno/bn menghalalkan judi. Inilah dikatakan kesetian membabi buta kepada tuannya, umno. Sepatutnya dalam menegakkan sesuatu kejalan Allah mereka sama-sama memberi sokongan dan bantuan.
 
Wahai sahabat polis, ingatlah kita tidak selama-lamanya hidup dibumi ini. Kita akan pergi juga suatu hari nanti. Ingat-ingatlah.............janganlah sesat dan disesatkan untuk selama-lamanya.

0 Komen pengunjong :