Gabungan Pakatan Rakyat Tentang BN Di Sibu


Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei depan akan menyaksikan  buat pertama kalinya pertandingan diantara Gabungan Pakatan Rakyat (PR Sarawak) menentang Barisan Nasional.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng  di sidang akhbar di Sibu  hari ini. Gabungan itu terdiri daripada DAP, PKR, PAS dan SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak). DAP telah diberi kepercayaan untuk meletakkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat bagi menentang BN.
BN dijangkakan akan menghadapi kesukaran apabila didapati jumlah pengundi Cina di sini melebehi 60 peratus kerana kaum ini dilihat memberi sokongan yang tinggi melebehi 70 peratus kepada Pakatan Rakyat melalui pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. 

Kembara Jr ..... Aku rasa tidak mustahil PR mampu menewaskan BN dalam pilihan raya kali ini. Ini memandangkan kawasan ini majoritinya Cina. Jika Cina disini menerima message yang disampaikan oleh kaum Cina Hulu Selangor baru-baru ini dan bersatu tenaga menterjemahkan semasa pilihan raya kecil nanti, PR akan beroleh kemenangan.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :