Datuk Sri Anwar Di Heret Ke Jawatan Kuasa Hak


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan  selepas usul mengenainya dibahas dan diluluskankan. Lapan ahli parlimen, termasuk ketua umum PKR itu sendiri telah mengambil bahagian dalam membahaskannya. Ahli parlimen pembangkang yang membantah keputusan itu bertindak keluar dewan setelah usul tersebut diluluskan..
 

Datuk Sri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) sebelum itu dalam perbahasannya telah mendakwa usul ke atasnya itu adalah cacat kerana ia bermotifkan politik. "Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.


Kembara Jr ..... Nampak sangat puak-puak BN ni takut dengan issu APCO sehingga merujuk Datuk Sri Anwar kepada  Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dengan berbuat sedemikian, keputusannya nanti Anwar akan digantung daripada menghadiri sidang parlimen dalam tempoh tertentu. Jadi bagi puak-puak Ngoookkk ini mereka rasa isu ini tidak akan dimainkan lagi dan mereka dapat bersidang dengan selesa tanpa Anwar. Selain itu tidaklah ada lagi pendedahan baru akan dapat dibuat. Aku rasa itulah andaian mereka.

"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," Bagi aku ini adalah ungkapan seorang pejuang sebenar. Peganglah kepada kata-kata emas ini jika ingin menjadi pejuang tulin wahai sahabat-sahabat.


..... Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn........

0 Komen pengunjong :