Calon BN Di Sibu Diumun
















Peguam Robert Lau Hui Yew yang juga Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN, telah menyerahkan surat pencalonan Hui Yew kepada Tan Sri Abdul Taib, iaitu pengerusi BN Sarawak dalam satu perjumpaan di Putrajaya semalam.

Hui Yew, 45, yang dikenali sebagai Robert Lau Junior, adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu, yang meninggal dunia pada 9 April lalu.


Dalam pada itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, telah dipilih oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri sebagai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis jamuan malam yang dihadiri oleh pemimpin empat parti gabungan dalam PR di Sibu malam tadi. Majlis itu turut dihadiri oleh setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali, timbalan pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Johnny Wong Sie Lee, timbalan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Zainal Abidin Wan Sanusi dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kembara Jr ..... Pertandingan akan bermula. Kita mulakan perjuangan tanpa mengira siapa calon BN. Kita tentang habis-habisan. Kerjasama berpasukan dan semangat ingin menang kita amalkan. Lupakan kekalahan di Hulu Selangor. Kita sematkan semangat untuk kemenangan. Insyaallah kita akan menang.


.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :