BN Tidak Beli Undi - Datuk Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk memenangi PRK bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Beliau berkata projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani masaalah penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah rakyat yang sudah sekian lama tidak diselesaikan.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia hadhir sama  bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia

Kembara Jr ..... Alahai Najib, rakyat Malaysia bukannya bodoh tidak boleh menilaikan semua perbuatan-perbuatan  BN. Dah beli, belilah. Usahlah hendak dinafikan.  Kalau mengaku apa boleh kita orang buat. Kuasa semuanya berada ditangan BN.....Najib !!!....Najib !!!

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :