Showing posts with label Royalty Kelantan. Show all posts

Tidak bayar royalti petroleum dianggap lebih menzalimi rakyat Kelantan


RAMAI yang sengaja buat keliru dan kurang jelas mengenai kelulusan kawasan balak seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Gua Musang, oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2000.
Sedangkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari sudah menjelaskan perkara itu, begitu juga penafian yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Penjelasan yang macam mana lagi yang pemimpin dan penyokong UMNO-BN mahu kalau mereka masih juga tidak faham atau sengaja buat tak faham dengan penjelasan dan penafian itu.
Mungkin perangai pemimpin dan penyokong UMNO-BN suka melakukan fitnah tanpa usul periksa yang akhirnya mereka sendiri yang dapat malu sepertimana yang dilakukan Utusan Malaysia yang akhir kalah dan dikenakan denda kerana memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Roketkini.com juga tidak faham apa maksud Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) yang turut menuduh Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan memberi tanah balak di Gua Musang kepada pemimpin DAP.
Kalau kerana kes itu dituduhkan menganiayai rakyat Kelantan, bermakna tindakan Kerajaan BN Persekutuan lebih zalim dan kejam apabila menafikan hak royalti petroleum rakyat Kelantan.
Rakyat Kelantan, termasuk PAKATAN yang diterajui Datuk Dr Nordin Ab Razak boleh banding sendiri antara kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan BN dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan tanah itu kepada YIK dan diusahakan pembangunan kawasan balak itu oleh sebuah syarikat yang kebetulan baru saja dimiliki pemimpin DAP Perak.
Bukan saja rakyat Kelantan yang dizalimi BN, malah rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga dizalimi BN kerana membolot 24 bidang tanah di negeri itu dengan harga murah RM1 sekaki persegi.
Pemimpin BN di Selangor tidak menafikan perkara itu, malah mengakuinya tanah itu diagihkan semua parti komponen BN di Selangor yang nilai semasa tanah berkenaan mencecah RM300 juta.
Kalau beginilah sikap pemimpin UMNO-BN sampai bila pun Kelantan akan kekal diterajui PAS, jangan mimpin BN mahu merampas negeri itu pada PRU-13 nanti.
Soal siapa yang memberi penjelasan mengenai perkara itu tidak timbul asalkan penjejalasan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari itu berfakta, bukannya tuduh dan fitnah ‘membabi buta’ seperti dilakukan pemimpin dan penyokong UMNO-BN.
Adalah dialu-alukan jika pemimpin dan juak-juak UMNO mahu melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat.
Semalam, Ahmad Fadzli menyatakan kawasan balak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang, diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan kepada YIK pada 2000 dan YIK kemudian menawarkan tanah itu kepada sebuah syarikat, bagaimanapun ia gagal, menyebabkan YIK menarik balik tawarannya pada 18 Ogos 2004.
Tawaran kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan Datuk Seri Wong Yeon Chai) dibuat YIK pada 28 Ogos 2005, manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006.
Ia adalah projek usaha sama melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan ‘pajakan’ bukannya hak milik.
Pertukaran lembaga pengarah dan pegangan saham dalam syarikat Upayapadu Plantation sudah dimaklumkan kepada YIK pada Mei 2012 dan segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat mengikut prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.
Ngeh dan Nga menafikan fitnah yang menuduh mereka mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan kerana memberi jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil rakyat PAS selepas pilihan raya umum 2008.
Mereka menganggap menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluluskan tanah itu sebagai habuan untuk DAP, sebagai parti majoriti di Perak selepas PRU 2008, kerana melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, adalah satu penipuan dan fitnah berniat jahat.
Ngeh tuirut membuat laporan polis pada 19 Disember lalu supaya bertindak terhadap mereka yang memfitnah dan memburukkan beliau, Nik Aziz dan Nga.
Ngeh juga mencerita perkara sebenar iaitu pada 13 September 2000, kerajaan negeri Kelantan meluluskan satu lot tanah kepada YIK yang kemudian diserah kepada satu syarikat untuk diusahakan tetapi gagal.
Berikutan kegagalan syarikat itu membangunkan tanah berkenaan, ia kemudian diambil balik oleh YIK pada 18 Ogos 2004 dan diserahkan pula kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd untuk dibangunkan pada 28 Ogos 2005 di mana satu perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006.
Bagaimanapun, Upayapadu Plantation juga gagal membangunkan tanah yang diberi itu dan akhirnya pemegang saham Upayapadu Plantation membuat keputusan menjual syarikat terbabit.
Ngeh berkata, beliau dan Nga tidak diberi tanah oleh kerajaan negeri Kelantan tetapi mereka dan pelabur lain membeli syarikat Upayapadu Plantation pada April 2012 secara komersil di pasaran terbuka tanpa sebarang rahsia.
Pembelian Upayapadu Plantation hanya dilakukan selepas pemegang saham asal syarikat itu membuat keputusan menjual Upayapadu Plantation kerana mereka gagal membangunkan tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan.
Beliau yakin fitnah itu sengaja dicipta kerana UMNO-BN sudah terdesak dan takut akibat usaha beliau bersama Nga yang membongkar skandal tanah BN di Perak.
“Saya dan Nga mendedahkan dalam sidang DUN yang lalu mengenai tindakan kerajaan BN Perak meluluskan tanah yang bernilai ratusan juta ringgit kepada kroni mereka,” katanya.

-/ Roketkini.com
Seterusnya >>>

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan



KOTA BHARU: “Kapal” yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka.

Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.

Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan.

Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.

“Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa.

“Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.

“Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti,” ujarnya.

Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.

Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.

Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.
Seterusnya >>>

Kenapa gas Kelantan naik ke Terengganu?


KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu.

Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan.

Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.

"Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka.

Pihak Royalti mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke negeri Kelantan kerana jarak blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.

Menurut Setiausaha Royalti, Mohd Hishamuddin Ghazali, jarak kawasan carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk pendaratan gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140 hingga 160 kilometer sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 kilometer.

Langkah itu katanya, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.

"Dimana sekiranya gas didaratkan di negeri ini ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi golongan profesional dan juga separa profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan profesional.

Manakala, tambahnya bagi golongan separa profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Sementara itu, Royalti yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (Geram), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (Cabar) dan Cakna UT akan menganjurkan  “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”.

Program tersebut diadakan pada 26 Jun ini bermula jam 9:00 di  Kompleks Darul Naim untuk menyerahkan memorandum tuntutan dan plak royalti yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak kerajaan negeri Kelantan.
.
Seterusnya >>>

Saman Petronas: Pelik Pusat pohon jadi defendan

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas menimbulkan tanda tanya.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, permohonan kerajaan Pusat memohon untuk mencelah dalam kes itu akan didengar pada 27 Januari ini di Mahkamah Tinggi Perdagangan.
"Kita bantah permohonan itu. Biasanya defendan pohon untuk dikeluarkan tetapi dalam kes ini pihak yang tidak dijadikan defendan mahu (jadi defendan) pula," kata Husam.

Husam berkata demikian dalam majlis perhimpunan bersama bloggers anjuran kerajaan negeri Kelantan. Turut sama adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para exco Kelantan yang lain.

Kerajaan negeri Kelantan telah menyaman Petronas kerana tidak memenuhi perjanjian yang dibuatnya untuk memberikan royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.

Ia difailkan di Mahkamah Perdagangan atas dasar Petronas telah gagal memenuhi perjanjian yang ditandatangani itu.

Dalam saman ini, hanya Petronas yang dinamakan defendan oleh kerajaan negeri Kelantan.

Petronas disaman kerana tidak memenuhi perjanjian itu dan memberikan wang itu kepada kerajaan pusat. Kerajaan Pusat pimpinan BN pula menyalurkan wang itu kepada Kelantan melalui Umno dan badan-badan yang diuruskannya di Kelantan bukannya kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

""Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," kata Husam diikuti tepukan gemuruh dari para peserta perhimpunan itu.

Menurut Husam, perkara ini berlaku dalam keadaan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedang diselubungi oleh pelbagai masalah termasuk sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita berjanji akan tukar AG ini apabila kita memerintah Malaysia nanti," kata Husam dalam sertai tepukan kira-kira 200 bloggers itu.
Nik Aziz, ketika berucap selepas memfailkan kes ini ke Mahkamah Perdagangan berkata, tindakan yang beliau buat ini berdasarkan amanah yang dipegang oleh beliau bagi pihak rakyat negeri Kelantan.

-/ Harakahdaily
Seterusnya >>>

Kelantan fail saman Petronas Isnin ini

1244269209 KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas berhubung isu tuntutan royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pada 30 Ogos ini.
Keputusan itu dicapai dalam meyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Exco kanan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti kepada negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.
Husam berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau  turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.
Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.
Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkannya kepada mahkamah.
“Kita tak bincang pasal jumlah tuntutan kita, itu terpulang pada mahkamah nanti,” ujarnya.
Satu majlis solat hajat akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.
Seterusnya >>>

Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti

KUALA LUMPUR 1 Julai: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi menuntut hak royalti minyak dan menilai semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan pada minggu hadapan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (kanan)memberitahu, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam dan beliau telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.

"Kita telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaliegh, dan beliau bersetuju untuk mengetuai Kaukus ini, tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada isu royalti sahaja, bahkan akan menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.

“Beliau akan memanggil Ahli Parlimen dari semua parti termasuk dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan penubuhan Kaukus tersebut di sebuah tempat di Kuala Lumpur, sebelum itu.

Antara yang bersamanya dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abd Halim Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Ketika ditanya mengenai ahli parlimen yang akan menyertai Kaukus Parlimen tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa mereka akan membuat pengumuman mengenainya dan akan mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tersebut di Parlimen, minggu hadapan.

"Kita sedang bincangkan tajuknya. Mungkin kita akan guna 'Petroleum dan Semangat Federalisme'," katanya.

Beliau berpandangan, penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu melibatkan kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Ini berikutan apa yang dianggap beliau sebagai kepudaran dan kelonggaran terhadap prinsip-prinsip dan semangat 'federalisme' sehingga menyebabkan seolah-olah kuasa kerajaan negeri semakin terhakis.
Ketika ditanya mengenai kempen Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dimulakan di Kelantan bagi menuntut hak royalti minyak bagi negeri tersebut, beliau memaklumkan bahawa kempen NGO tersebut turut merangkumi negeri-negeri lain termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak. Beliau berkata bahawa kempen akan disemarakkan lagi, bagi memberi penerangan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut.

"Kita akan adakan mobilisasi dan 'roadshow' di seluruh negara. Kempen ini akan diadakan secara berterusan," katanya.

- Harakahdaily

Kembara Jr.......... Royalty minyak tu hak rakyat kelantan, jadi bagilah hak dia orang Najib. Janganlah hak orang kita buat macam hak sendiri. Malulah kepada diri sendiri kalau tak mahu malu kepada rakyat pun......
Seterusnya >>>