Showing posts with label Belanjawan 2011. Show all posts

Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen

miskin_tegar
Seperti tahun-tahun yang lampau, setiap kali Belanjawan dibentang, rakyat akan menanti-nantikan gula-gula yang bakal diumumkan bagi manfaat dan meningkatkan taraf hidup. Amat terkejut apabila dikaji dan diteliti.

Belanjawan tersebut tidak menampakkan ianya memfokuskan keperluan dan kehendak rakyat kebanyakan, malah, ianya kembali ke era Mahathir dan projek meganya. Di sudut yang lain pula, golongan kemiskinan tegar berhempas-pulas mencari sesuap makanan.

Melalui temanya dan bibit-bibit ucapan politiknya, sudah tentu Belanjawan 2011 ini akan menjurus ke arah Negara berpendapatan tinggi. Namun sebarang petanda bahawa Belanjawan disediakan selaras dengan tema yang menjadi modal air liur sejak kebelakangan ini. Mereka mendakwa kononnya Belanjawan kali ini Belanjawan untuk rakyat, sedangkan rakyat sendiri menggelar Belanjawan kali ini sebagai “Belanjawan Seluar Dalam”.

Gaji Posmen menjadi kayu ukur

Kononnya Belanjawan kali ini memberi pengiktirafan kepada posmen dan pegawai sekuriti (sebut pak guard). Selepas ditanya posmen yang menghantar surat setiap hari ke rumah, rupa-rupanya gaji pokok seorang posmen selama ini adalah sebanyak RM610.00 dan hanya dinaikkan sehingga RM710 sebulan. Sukar juga apabila cuba memahami logik di sebalik meletakkan gaji pokok minimum pegawai sekuriti yang ditetapkan antara RM500 hingga RM700 sebulan, mengikut pemerhatian dan pengetahuan kita, gaji minima pegawai sekuriti sememangnya di sekitar RM700 sebulan.

Mengikut Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Barangkali posmen dengan pendapatan RM700.00 sebulan itu adalah kayu ukur kepada apa yang dimaksudkan dengan Negara berpendapatan tinggi.

Sama ada pendapatan sebanyak RM700.00 memadai untuk kadar tol yang sedia ada, harga petrol yang dinaikkan secara diam-diam, harga gula, kopi, teh, susu, dan sebagainya, itu cubalah kita serahkan kepada pengguna sendiri untuk dinilai. Kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6% setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. Kita juga yakin Menteri Sumber Manusuia S. Subramaniam mengetahui hal ini, mungkin beliau gagal meyakinkan penasihat fesyen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu ketika membaca Belanjawan.

Pemilikan Rumah

Beralih pula kepada ilusi hebat dalam bajet kali ini, pinjaman kepada orang muda untuk memudahkan mereka memiliki rumah. Apa kerajaan mahu menjadikan semua rakyat sebagai penghutang sepanjang hayat? Apa logik di sebalik kemudahan pinjaman ini sedangkan laporan Bank Negara menerangkan bahawa sebanyak 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun. Sedangkan pinjaman PTPTN dan kos menampung hidup pun sudah membebankan, siapa yang mahu membeli rumah?

Ilusi yang kedua pula, janji tidak menaikkan tol lebuh raya utara selatan bagi tempoh lima tahun yang akan datang, sedangkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada PLUS yang hampir RM5 bilion ringgit bagi tempoh tersebut. Muslihat yang sama digunakan ketika potongan 20% bagi pengguna Touch & Go diumumkan. Jika disemak syarat-syarat untuk potongan tersebut diberi adalah berasaskan frekuensi penggunaan tol dan bukannya berasaskan nilai tol, dan cara tuntutannya pun tidak otomatik dan memerlukan tuntutan dibuat sebelum potongan diberikan.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bajet kali ini merupakan bajet yang paling besar dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan nilai RM213.9 billion. Apa yang ganjil adalah nilai yang diperuntukan bagi pembangunan hanya sebanyak RM23.9 billion manakala kos operasi pula sebanyak RM76.1 billion. Adakah wajar apabila meletakkan kos operasi kerajaan lebih tinggi daripada peruntukan pembangunan?

Hina rakyat

Persoalan yang lebih menarik adalah penghapusan duti impot terhadap kira-kira 300 barangan yang kononnya kegemaran pelancong dan rakyat tempatan dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga membeli belah. Siapa yang membeli-belah? Rakyat kebanyakan menanggung beban hutang yang pelbagai sehinggakan bil-bil isi rumah pun tidak terbayar. Yang selalu membeli-belah di Malaysia adalah isteri-isteri ahli politik yang disegani. Jika benar bajet kali ini bajet daripada rakyat, kami ingin tahu rakyat mana yang mahukan cukai terhadap beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, dan baju tidur dihapuskan? Tidakkan mereka peka bahawa setiap minggu orang ramai berpusu-pusu dan snggup bersesakan ke pasar-pasar malam mingguan. Adakah mereka mencuci mata? Sudah tentu untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang murah di di pasar malamlah tempat mereka memperolehinya.

Sedangkan seluar dalam yang dipakai rakyat kebanyakan pun tidak lebih RM10.00, ini pula mahu menghapuskan cukai terhadap seluar dalam import yang digemari pelancong dan isteri-isteri menteri? Apa kerajaan sudah gila? Pelancong asing, seluar dalam, dan baju tidur menjadi keutamaan, sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang perit mencari wang untuk yuran pendidikan, untuk menyara keluarga, untuk membeli susu bagi bayi mereka. Ini menghina rakyat namanya, sanggup kerajaan mempersenda keperitan yang menimpa golongan kelas bawahan dengan memansuhkan cukai terhadap barangan yang tidak bermakna bagi mereka.

Penghinaan yang paling ketara dalam Belanjawan kali ini semestinya projek Warisan Merdeka yang semegah 100 tingkat. Jika ditinjau dalam ruang internet, laman sosial terkemuka Facebook telah mencatatkan lebih 160,000 (setakat ini) penyokong bagi laman Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Kerajaan telah menafikan bahawa kos pembangunan tersebut adalah daripada perbendaharaan Negara, jika begitu mengapa diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan tahunan?

Pada 13 Februari 2010 penulis sendiri pernah melawat Dubai dan mengambil peluang untuk ke Burj Khalifah (bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828m). Kos pembinaannya ialah USD1.5 billion (RM4.6 billion) sahaja.

Projek tersebut kini menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang berpendapat wang sebanyak RM5 billion lebih berbaloi jika digunakan untuk memperbaiki bidang pendidikan, kesihatan dan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan. Kami berasa senang apabila rakyat sudah mula sedar akan tindak-tanduk kerajaan yang tidak masuk akal. Mungkinkah projek tersebut sebenarnya satu muslihat untuk mengikat kerajaan Persekutuan dengan kontrak sebegitu besar sementara menanti kekalahan dalam pilihanraya umum yang akan datang?

Merdeka Review
Seterusnya >>>

Bajet 2011 ‘bala’ bagi Orang Asli – JKOASM

imagesPETALING JAYA: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) mendedahkan elaun yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Orang Asli (Tok Batin) hanyalah sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh setahun atau tiga bulan sekali.
Perkara ini sekaligus bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai elaun yang diterima Tok Batin sebanyak RM450 sebulan dalam pembentangan Bajet 2011.

"Terdapat aduan daripada Tok Batin tentang tempoh bayaran ditunda kepada beberapa bulan berikutnya tanpa sebarang sebab yang jelas.
"Jika benar elaun yang sepatutnya diberikan itu berjumlah RM450 sebulan sedangkan Tok Batin cuma menerima RM200 sebulan, persoalannya dimana perginya perbezaan baki RM250 itu.
"Bagaimana PM mengatakan Pengerusi JKK ada terima bayaran sebanyak itu dan sekarang nak dinaikkan kepada RM800 pula," soal JKOASM dalam kenyataannya semalam.
JKOASM turut membidas tentang peruntukan RM100 juta bagi menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan serta pelaksanaan model baru pembangunan Orang Asli.
Begitu juga dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ditukar dan diberi ‘nafas baru’ sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).
Katanya meskipun kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan Orang Asli dimana JHEOA telah diamanahkan untuk melaksanakannya, namun sehingga ini masih banyak kampung Orang ASli yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, sehinggakan masih terdapat beratus-ratus kampung Orang Asli yang tidak mempunyai bekalan air bersih.
"Dari pengalaman Orang Asli, JHEOA adalah satu badan yang menyusahkan mereka dan sering membiarkan agensi-agensi seperti RISDA, FELCRA dan Polis mengambil wilayah Tanah Adat, menindas, malah menipu kami atas alasan demi pelaksanaan projek pembangunan untuk Orang Asli.
"Ini kerana hakikatnya, projek pembangunan yang diberikan seperti Rancangan Pengumpulan Semula (RPS), (Badan Bertindak Orang Asli) TSK dan lain-lain hanya memburukkan lagi masalah kemiskinan OAS serta menyebabkan kemudaratan hidup kami.
"Nampaknya PM langsung tidak mengendahkan apa yang kami suarakan dalam memorandum bantahan Orang Asli terhadap Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang kami hantar kepada beliau pada 17 Mac lalu di Putrajaya," katanya.

‘Sakai’, ‘Jakun’: Orang Asli terguris kenyataan Najib
JKOASM dalam kenyataannya turut berasa terhina dengan ucapan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno di PWTC minggu lalu yang merujuk masyarakat Orang Asli sebagai ‘Sakai’ dan ‘Jakun’.
"Tidak wajar bagi PM mengungkapkan istilah yang menyentuh sensitiviti kaum meskipun ianya sekadar kutipan baris sajak atau puisi.
"Jika kaum lain begitu mudah tersinggung dan marah apabila ada sebarang kenyataan yang berkaitan kaum digunakan, begitu juga kami kerana ia amat mengguris hati seluruh Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, JKOASM menuntut agar satu siasatan awam yang telus dan bebas dijalankan bagi menyiasat jika terdapat sebarang penyelewengan berhubung tuntutan hak yang telah dirampas serta elaun bagi Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli.
Kenyataan itu juga menuntut agar draf sah dasar pemberimilikan dan pembangunan tanah Orang Asli dibincang bersama sebelum dibentang dan diluluskan Parlimen.
Ini kerana katanya Orang Asli tidak mahu dasar itu akan menjadi seperti rang Undang-Undang Perhilitan 2010 dimana kerajaan dan Parlimen sewenang-wenangnya memutuskan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh mereka tanpa wujudnya sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak.
"Bagi kesemua tujuan ini, kami menyeru agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dengan terperinci semua perkara berhubung dengan hal ehwal masalah Orang Asli seperti yang termaktub dalam perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Seterusnya >>>

Bajet 2011: Perangkap Terhadap Golongan Berpendapatan Sederhana


PETALING JAYA 18 OKT : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Malaysia kini menghadapi krisis yang dinamakan sebagai 'Perangkap Golongan Berpendapatan Sederhana' atau 'Middle Income Trap'.

"Ini terjadi apabila Malaysia hilang daya saing, sekalipun berbanding negara-negara di Asia Tenggara. Para pelabur lebih berminat untuk pergi ke negara-negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam," katanya.

Sementara itu, pada masa yang sama, negara ini kehilangan 700,000 tenaga kerja profesional seperti Jurutera, Arkitek dan Doktor yang meninggalkan negara ini untuk bekerja di firma dan syarikat di luar negara.

Charles menjelaskan demikian dalam sebuah forum berkenaan Bajet 2011 anjuran DAP di Perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, di Jalan Selangor malam tadi.

Kira-kira 40 orang hadir dalam program tersebut, yang rata-ratanya merupakan ahli akademik, profesional dan pemimpin masyarakat tempatan. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Senator S Ramakrishnan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

"Ini satu fenomena yang tidak sihat, apabila jumlah sebesar ini tidak mahu lagi bekerja di dalam negara kita. Jumlahnya bersamaan tiga peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini," jelasnya.

"Pertama, mereka berpindah bekerja di luar negara kerana budaya kerja di syarikat-syarikat tempatan tidak memuaskan. Dan sebab lain sudah tentu imbuhan atau gaji yang ditawarkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Charles turut mendedahkan, masih ada lagi golongan pekerja di Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

"Antara data tersebut ialah, kira-kira 34 peratus pekerja di Malaysia yang mempunyai pendapatan di bawah RM700,00 sebulan. Jumlah pendapatan tersebut adalah di bawah paras garis kemiskinan. Apa yang boleh dilakukan dengan RM700, 00 sedangkan sewa rumah di Lembah Klang sahaja mencecah RM500,00" soal Charles.

Justeru, beliau bersetuju sekiranya kerajaan merangka suatu dasar dan perundangan mengenai gaji minima pekerja dan ia perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berkaitan, Charles turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang menyalurkan sebahagian dana dari bajet 2011 kepada projek mega infrastruktur, seperti pembinaan Menara Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion.

"Memang ia bagus untuk industri pembinaan, tetapi hanya untuk seketika. Apa yang kerajaan lakukan hanyalah menangguhkan krisis ekonomi. Tetapi sebenarnya krisis tersebut akan menjadi lebih buruk pada masa akan datang," jelasnya.
Seterusnya >>>

Tangan Najib Kena Pulas Dek Rosmah

RM
SHAH ALAM 17 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa isteri Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menentukan beberapa aspek penyediaan Belanjawan 2011 sehingga Datuk Seri Najib Razak terpaksa tunduk kepada kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.
"Pengaruh Rosmah dalam bajet kali ini adalah amat terang dan jelas kepada rakyat," kata Azan merujuk kepada peruntukan besar sebanyak RM111 juta yang diberikan kepada projek kesukaan isteri Najib tersebut, Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) bagi memperkasakan pendidikan awal.

Begitu juga pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, kelambu dan sebagainya.

"Saya pernah menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan setahu saya barabgan tekstil buatan memang tidak pernah dicukai.

"Jadi apabila Najib mengumumkan pengecualian cukai ia bermaksud bagi barangan tekstil yang diimport termasuk beg berjenama yang harganya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Pengecualian ini hanya menggalakkan pengimportan barangan buatan luar negeri dan sedikit tidak membantu ekonomi tempatan tetapi hanya memberi kepentingan wanita yang sika membeli belah seperti Rosmah dan kuncu-kuncunya," bidas Azan lagi.

Mood anggota Parlimen terutamanya daripada Barisan Nasional menampakkan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap layanan berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap Rosmah.

"Apabila peruntukan kepada Permata dan pengecualian cukai ke atas 300 barangan di umumkan ramai ahli parlimen BN yang mem'boo' Najib, pemimpin mereka sendiri dengan melaungkan nama Rosmah dan ini sesuatu yang amat memalukan. wakil rakyat BN sendiri bertindak macam 'kera' yang membunyikan suara-suara menyindir pemimpin mereka sendiri di dalam Parlimen.

"Apakan tidak mereka sendiri sudah muak dengan sikap Rosmah yang dikatakan 'queen control' ke atas Najib sehingga terpaksa akur sengan segala kehendaknya," komen beliau kepada Suara Keadilan.
Seterusnya >>>

Bajet 2011 Tiada Kejutan Hebat: OSK Research


KUALA LUMPUR  18 OKT : Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, agak biasa dengan tidak banyak kejutan dan positif melebihi negatif, demikian menurut sebuah firma penyelidikan. OSK Research berkata jangkaan negatif seperti kenaikan dalam cukai arak dan mengetatkan peraturan hartanah tidak direalisasikan.
 “Malah, kita berdepan dengan penghapusan duti import terhadap pelbagai produk pengguna dan kadar tol tidak dinaikkan selama lima tahun yang diimbangi dengan kenaikan satu peratus dalam cukai perkhidmatan," demikian menurut firma itu dalam satu kenyataan di sini. Insentif yang disediakan ialah bagi pembeli rumah pertama bagi menggalakkan pemilikan rumah.
Namun begitu, tiada kejutan dari segi pembangunan infrastruktur besar memandang telah diumumkan sebelumnya, terutamanya semasa hari terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) baru-baru ini. 
Mengenai pertumbuhan, OSK Research berkata unjuran kerajaan bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dinaikkan daripada enam peratus kepada tujuh peratus manakala bagi 2011 diunjurkan antara lima peratus dan enam peratus. 
"Angka ini hampir dengan unjuran kami pada 7.5 peratus dan 5.8 peratus masing-maisng untuk 2010 dan 2011," kata OSK.
 Antara projek pembangunan infrastruktur mega yang terdapat dalam bajet berkenaan ialah projek bernilai RM5 bilion, "Warisan Merdeka", yang melibatkan menara 100 tingkat oleh Permodalan Nasional Bhd. “Penerima faedah yang selalu dijangka, sektor pembinaan dan hartanah akan mendapat manfaat dalam Bajet 2011 bagi cadangan pembangunan infrastruktur yang dicadangkan ini," katanya. 
 Bank menerima beberapa insentif dalam perbankan Islam manakala sektor tenaga menyaksikan habuan bagi tenaga diperbaharui, katanya.
Seterusnya >>>

Bajet utamakan Permata Pintar anak tirikan SAR, dakwa Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Dewan  Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata pihaknya kesal dengan Bajet 2011 yang secara khusus memperuntukkan RM111 juta bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal berbanding hanya RM95 juta sebagai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman berkata, peruntukan RM111 juta digunakan untuk pembangunan dan pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 premisnya yang telah siap.
“Sedangkan jumlah yang lebih kecil iaitu RM95 juta pula diperuntukkan untuk keseluruhan SAR rendah dan menengah yang jauh lebih banyak bertebaran di negara ini,” kata beliau merujuk kepada kandungan Bajet 2011 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat Jumaat lalu.
“Bajet ini ternyata tidak adil dan berat sebelah.
“Peranan SAR  yang jauh lebih penting dalam mendidik dan menjadikan generasi insan soleh dan solehah gagal difahami oleh Perdana Menteri.
“Keadaan SAR juga kebanyakannya dalam keadaan daif kerana kurangnya perhatian terhadap aspek pembangunannya. Kebajikan guru dan murid terabai, kemudahan dan fasiliti yang tidak berapa lengkap, sistem pengajaran yang tidak sempurna, serta pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Fadhil menambah apa yang pasti, kebanyakan SAR hanya diusahakan oleh individu atau organisasi tertentu dan mereka yang banyak berkorban bagi memastikan SAR terus hidup dalam masyarakat.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tidak menafikan peranan Permata Pintar iaitu Pusat Asuhan Kanak-kanak prasekolah juga sangat penting dalam mendidik generasi akan datang, namun perhatian istimewa kerajaan terhadap Permata amat mendukacitakan.
“Dalam keadaan ia baru ditubuhkan beberapa tahun lalu, Permata sudah mendapat tempat yang penting dengan peruntukan tahun 2011 diberikan sangat tinggi,” kata beliau.
Katanya, umum mengetahui bahawa projek Permata Pintar adalah projek yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
“Soalnya, mengapa Perdana Menteri sanggup mementingkan projek isterinya sedangkan projek yang diusahakan rakyat iaitu SAR dianggap kurang penting.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kecewa meskipun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet  istemewa,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata Fadhil, ternyata slogan Perdana Menteri rakyat didahulukan merupakan omongan kosong.
Katanya, projek milik rakyat seperti SAR ini terlalu sukar mendapat bajet tambahan.
“Sepatutnya, apalah salahnya bajet tahun 2011 diberikan peruntukan besar bagi membaik pulih SAR, menaik taraf guru, menambah elaun guru-guru, serta memberi pelbagai kemudahan khusus untuk meningkatkan kualiti SAR seluruh negara.
“Kerajaan juga perlu menggalakkan penubuhan SAR di seluruh negara sebagaimana Permata Pintar bagi mengurangkan penyakit yang menimpa masyarakat khususnya remaja.
“Kerajaan tidak akan rugi sekiranya bajet yang besar sebagaimana untuk Permata Pintar diberikan kepada pembangunan SAR, kerana hasil yang akan dituai bakal menguntungkan negara dan generasi akan datang,” ujar beliau.
Seterusnya >>>

Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.
"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).
Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.
"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.
"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.
Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Bajet PRU 13

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13’ oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.
"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi
"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.
"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet.
Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya.
"Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya.
"Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya.
"Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .
"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.
"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya.
"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Umno-BN Bakal Keruk RM15 Bilion Lagi Duit KWSP, PNB

kwsp1KUALA LUMPUR 15 Okt - Projek pembangunan berimpak tinggi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2011 yang dibentang di Parlimen petang tadi bakal mengguna sebanyak RM15 bilion dana rakyat yang diambil dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dana KWSP sebanyak RM 10bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar.

Antara projek yang akan dilaksanakan melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana dan ianya  dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Sementara itu, PNB pula akan menyalurkan dana sebanyak RM5 bilion  untuk membina sebuah menara 100 tingkat, yang tertinggi di Malaysia.

Kata Najib dalam ucapannya, projek tersebut sebagai satu lagi mercu  tanda selepas Menara Berkembar Petronas yang dibina semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Belanjawan Utamakan Rakyat Asing Daripada Rakyat Malaysia

NMI1KUALA LUMPUR 15 Okt - Bajet 2011 yang dibentangkan lebih menjurus memberikan manfaat kepada rakyat asing yang datang ke Malaysia tanpa memberi faedah sedikit pun kepada rakyat tempatan terutama golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata apa yang dibentang hari ini hanya memberikan keistimewaan kepada rakyat asing yang datang membeli-belah di negara ini.

"Bagaimana pula nasib rakyat yang tertekan dengan harga keperluan harian yang meningkat.

"Apa perlunya membina bangunan 100 tingkat sedangkan pada masa rakyat susah menghadapi tekanan kenaikkan harga barang keperluan?," soal Nasharudin yang juga Timbalan Presiden PAS.

Kerajaan kata beliau sepatutnya menghapuskan bayaran tol dan bukannya mengumumkan tidak ada kenaikan dalam tempoh 5 tahun.

"Apa yang saya bimbang, apabila kerajaan mengumumkan tidak ada kenaikan tetapi selepas 5 tahun, harga kenaikan sama seperti kenaikkan untuk 5 tahun.

"Dan cukai perkhidmatan juga akan naik," ujar beliau.

Jelasnya di sini, bajet yang diumumkan adalah merupakan satu persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Umno-BN Tidak Berani Sentuh Isu FDI Dalam Belanjawan

KS10KUALA LUMPUR 15 Okt - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan isu Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tidak sekalipun disentuh di dalam Belanjawan 2011 membuktikan ketakutan Umno-Barisan nasional untuk bersikap telus dengan rakyat berhubung kedudukan sebenar ekonomi negara.

"Umno-BN dibelenggu ketakutan jika mereka cuba membuat unjuran mengenai kemasukan FDI kerana rakyat tahu laporan antarabangsa menunjukkan betapa Malaysia sudah hilang daya saing dan mendapat FDI paling corot di kalangan negara rantau Asia.

"Perdana Menteri tidak menyentuh langsung mengenai aspek-aspek bukan ekonomi seperti ketelusan, usaha melawan rasuah, kehakiman bebas dan sebagainya yang memberi kesan kepada ekonomi serta menjadi pertimbangan penting kepada pelabur asing," komen Khalid kepada Suara Keadilan di lobi Parlimen.

Tambah beliau belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menonjolkan imej berbelanja tanpa memberitahu rakyat bagaimana kerajaan akan memperolehi atau meningkatkan pendapatan. 

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Intipati Belanjawan 2011


  • Bajet bm new Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  • RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

  • Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
  • RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf
    pendidikan Islam.
  • Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
  • Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard
    sekolah rendah.
  • Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
  • Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Bajet 2011 pinggir Kelantan

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.
"Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.
"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit.
"Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya ipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.
"Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Bajet 2011 bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat, kata penganalisis










 KUALA LUMPUR, 16 Okt — Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai “bajet pilihan raya”, namun penganalisis dan pemerhati politik berpendapat sebaliknya. Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati juga tidak menolak Barisan Nasional (BN) akan memanggil pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.
Semalam selepas pembentangan bajet pemimpin PR mendakwa pelbagai insentif yang diumumkan termasuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya kendalian PLUS, bagi tempoh lima tahun, pemberian bantuan kewangan khas kepada penjawat awam serta beberapa insentif lain.
Penganalisis politik Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, secara keseluruhan bajet yang dibentangkan semalam lebih memfokus kepada keperluan rakyat.
“Dari segi umumnya kita boleh anggap ia adalah bajet rakyat kerana banyak elemen yang dibentangkan Perdana Menteri memberi suntikan kepada kesejahteraan rakyat.
“Ini jelas menunjukkan Bajet 2011 yang dibentangkan ini memberikan fokus kepada rakyat. Kita boleh menggambarkan bajet ini menjadikan konsep 1 Malaysia sebagai falsafah induk.
“Sebagai rakyat saya berpuas hati kerana saya melihat ia bergerak ke arah memajukan negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Mengenai dakwaan pembangkang kononnya bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet pilihan raya, Samsul bagaimanapun berpendapat sebaliknya.
“Ada yang melihat pembentangan bajet ini adalah bajet pilihan raya dan saya berpendapat apa yang dibentangkan menunjukkan ada kebenarannya.
“Namun saya berpendapat pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau awal tahun depan.
“Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2012, jadi pada pandangan saya ia tidak akan berlaku pada dalam masa terdekat,” kata beliau.
Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata tidak ada perbezaan antara Bajet 2011 yang dibentangkan semalam dengan bajet-bajet sebelum ini.
“Saya melihat tiap-tiap tahun semuanya adalah bajet rakyat, cuma tukar nama. Cuma dalam pembentangan bajet hari ini (semalam), saya perhatikan ada bahagian atau peruntukan yang dipotong dan ada yang bertambah, malah ada elemen yang bagus.
“Secara keseluruhannya saya melihat pembentangan ini ada kebaikan dan kekurangannya.
“Tapi secara peribadi saya lihat ia umpama sama sahaja dengan pembentangan bajet sebelum ini,” katanya.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pemimpin PR yang mendakwa bajet tersebut adalah bajet pilihan raya kerana berpendapat kerajaan tidak memberikan imbuhan lebih kepada rakyat.
“Mengenai bajet pilihan raya saya ada dengar pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang mengatakan perkara itu tapi bila diperhatikan semula tidak juga kerana ada peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan.
“Kalau ia bajet pilihan raya kerajaan akan lebih bermurah hati kepada rakyat,” kata beliau.
Katanya, secara peribadi beliau rasa tidak mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.
“Ia tidak menunjukkan ke arah itu, mungkin sempat lagi satu pembentangan bajet baru pilihan raya umum,” katanya.
Namun bagi pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof A. Aziz Bari, bajet yang dibentangkan itu adalah semata-mata mahu meraih semula sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib.
“Sebab itu Bajet 2011 ini penuh dengan gula-gula untuk menawan hati golongan tertentu yang mudah dimakan oleh belaian sementara itu.
“Ini tidak penting dalam merangsang dan memacu ekonomi. Dan, yang mendukacitakan kos untuk itu semua ditanggung oleh pembayar cukai.
“Bajet pilihan raya atau bajet rakyat sama sahaja, Barisan Nasional (BN) perlu buat rakyat terlena dan suka hati walaupun kenyataannya belum tentu begitu,” katanya.
Beliau yang ternyata kecewa dengan pembentangan Bajet 2011 berkata, PR terpaksa melalui satu lagi “proses pembersihan” sekiranya berjaya memerintah negara.
“Itu semua adalah kesan budaya politik BN yang akan terpaksa diwarisi oleh kerajaan baru (sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berbuat demikian). PR kalau menang terpaksa melakukan pembersihan (seperti mengecilkan Kabinet; kepada sekitar 20 menteri sahaja).
“Pada saya oleh kerana pilihan raya tidak boleh dielakkan, maka BN terpaksa mencari jalan untuk menyenangkan hati rakyat dan seperti biasa mereka buat gimik yang mudah difahami; contohnya RM500 untuk gred 54 ke bawah.
“Di universiti, contohnya, kakitangan dari profesor madya ke bawah dapatlah duit itu. Kita harap rakyat tak termakan dengan gimik murah ini kerana wang ini bukan datang dari langit. Ini wang pembayar cukai sendiri,” katanya.
Aziz juga berkata walaupun pembentangan bajet itu tidak dilihat menjurus kepada bajet pilihan raya, namun kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berdasarkan perubahan politik yang berlaku.
“Saya kata pilihan raya tak boleh dielakkan sebab di sisi perlembagaan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) genap lima tahun ia akan bubar sendiri.
“Meskipun Dewan Rakyat boleh bertahan sehingga 2013 tapi DUN Sarawak genap lima tahun pada 2011 dan pilihan raya umum perlu diadakan kerana berdasarkan senario politik sekarang mengadakan pilihan raya berasingan mempunyai risiko besar kepada BN,” katanya. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin juga menafikan Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya seperti mana dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang.


Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Belanjawan 2011 tanpa istilah "Rasuah"

Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.  Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama "Rosmah" dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar kiri) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% - antaranya, pewarna rambut.  Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.
Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010.  Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion.

Gula-Gula PRU
Beberapa peruntukan disalurkan kepada kawasan kampung atau desa, misalnya penambahan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800, berbanding RM450 sekarang.  Bukan itu sahaja, malah elaun imam, guru KAFA turut dinaikkan.
Sasarannya jelas apabila Najib menyatakan "kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat luar bandar" - lantas RM6.9 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar, meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Tanpa pertikaian, Belanjawan tahun 2011 berbaur politik.  Ia semakin terhidu apabila Najib mengambil kesempatan untuk mencuit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (gambar kanan) tanpa menyebut nama, mendakwa bahawa kerajaan BN "bukan saudagar mimpi yang memperdagang dongengan".  "Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata," katanya sambil meyakinkan rakyat dengan "kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi yang akan datang".
Persoalannya, apakah Belanjawan tahun 2011 ini membawa Malaysia kembali ke landasan yang tepat untuk meluncur ke arah kejayaan?

Projek mega kembali
Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.  Projek bernama "Warisan Merdeka" yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015.
Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong (gambar kiri) mendedahkan bahawa bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.
Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad.  Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.
Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO.  Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.
Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh".  Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.
Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya.  Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi (gambar atas) pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya.

Tiada istilah "Rasuah"
Tanah air kita seolah-olah terkena sumpahan sumber (resource curse), dilimpahi sumber yang terlalu lumayan, tetapi berakhir dengan pertumbuhan ekonomi yang lembik berbanding negara yang kekurangan sumber.  Cuba ambil Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index, HDI), Malaysia menduduki ranking dunia ke-59 pada tahun 1999, tetapi tergelincir ke tangga 63 pada tahun 2007, malah terus menjunam ke 66 pada tahun 2008.
Baru-baru ini, penganalisa politik-ekonomi, Soon Hoh Sing (gambar kiri, tengah) melancarkan bukunya yang berjudul "Ekonomi Malaysia yang kekok" (The Embarrassing Malaysian Economy).  Beliau sempat memetik beberapa angka, yang pada pandangan beliau cukup menggusarkan.  Pelaburan Malaysia di luar negara mencatat peningkatan dari RM22.1 bilion pada tahun 2006, RM38.2 bilion pada tahun 2007, kepada RM50.2 bilion pada tahun 2008.
Sebaliknya, kita dimaklumkan bahawa pelaburan asing langsung di Malaysia pula menjunam sebanyak 81%, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009.  Lebih ketara, pelaburan yang mengalir keluar pada tahun 2008 (RM50.2 bilion) lebih tinggi daripada pelaburan asing yang mengalir ke dalam Malaysia (RM23.47 bilion).
Apakah yang berlaku pada hakikatnya?  Sementara rakyat disuapkan dengan angka-angka yang memberangsangkan, jarang sekali tumpuan diberikan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI).  Malaysia menduduki tangga ke-56 daripada 180 buah negara pada tahun 2009, setelah pelbagai langkah pembaharuan cuba diketengahkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi selepas tsunami politik tahun 2008.
Apa yang menarik, istilah "rasuah" langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini.  Jadi, agak jelas untuk kita - sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut.  Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan.
"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat.

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Pakatan sinis, BN optimis

Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima reaksi sinis daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat, namun wakil BN tetap optimis dengan angka-angka yang dikemukakan.

Antara yang menjadi sasaran ialah tindakan Najib mengumumkan rancangan kerajaan untuk memansuhkan duti import antara 5 peratus hingga peratus bagi 300 barangan pilihan pelancong – termasuk seluar dalam dan minyak wangi.

Ahli parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching, dalam tulisannya di laman Twitter, antaranya mempersoalkan sama ada pengumuman itu merupakan “hadiah” Najib untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, sindiran juga disuarakan berikutan pengumuman peruntukan sebanyak RM111 juta untuk Program Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak (PERMATA), satu program bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diusahakan Rosmah.

Tambahan pula, JPM sendiri kali ini menerima peruntukan sebesar RM15 bilion. “Malangnya peruntukan untuk parlimen hanya RM78 juta,” kata ahli parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Permata dapat RM111 juta dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) RM90 juta. Hebat lagi peruntukan First Lady,” katanya di laman Twitter, merujuk kepada nama jolokan kepada Rosmah.

Menulis lanjut, Dr Dzulkefly berkata peruntukan yang disediakan kerajaan dalam belanjawan kali ini juga menunjukkan trend yang sama dengan tahun lalu.

Peruntukan untuk pengurusan kekal besar – sebanyak RM162 bilion (RM131 bilion dalam bajet 2010), berbanding peruntukan untuk pembangunan sebanyak RM51 bilion (RM51 bilion bajet 2010).

Bagaimanapun, bajet kali ini tetap menerima reaksi positif daripada pemimpin BN. Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang mengusahakan BN Youth Lab bagi mendapatkan maklum balas daripada golongan muda.

Menulis di Twitter, Khairy ternyata gembira apabila Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk Program Latihan 1Malaysia yang menyediakan kemahiran kepada golongan itu.

“Pendekatan Pemuda BN berteraskan partisipasi anak muda & idea menghasilkan perubahan hakiki dalam belanjawan hari ini.

“Syukur cadangan BN Youth Lab dimasukkan dalam Belanjawan 2011,” tulisnya lagi.

Katanya, kerajaan juga telah menerima cadangan makmal itu dalam menyediakan Skim Rumah Pertama, penetapan gaji minimum serta dana belia 1Malaysia.

Namun, pembentangan kali ini, yang disasarkan Najib sebagai "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu masih belum dapat meyakini wakil rakyat seperti ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

“Nampaknya seperti bajet yang disasarkan untuk mendapatkan undi, bukannya ekonomi berpendapatan tinggi,” kata Khalid di Twitter, merujuk kepada pemberian kerajaan kepada golongan pemimpin masyarakat luar bandar yang diumumkan Najib.

Imbuhan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kali ini dinaikkan daripada RM500 kepada RM800, manakala elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750.

Selain itu Elaun pengerusi JKKK, JKKP dan Tok Batin Orang Asli juga dinaikkan menjadi RM800.
Sementara itu, Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen pula berkata, tindakan kerajaan mengumumkan projek mega seperti pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat itu perlu bagi memastikan Malaysia dapat terus membangun.

“Jadi untuk kita sekarang, satu bangunan 100 tingkat akan meletakkan kita di peta kemajuan,” katanya kepada wartawan.

Beliau juga amat gembira dengan pengumuman kerajaan memansuhkan duti untuk 300 barangan kerana ia akan menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini.

“Tahun lepas, (jumlah perbelanjaan) pelancong untuk membeli-belah ialah kira-kira RM14 bilion, lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan (mereka).

“Kita percaya dengan langkah bebas cukai ini, nisbah perbelanjaan ini boleh meningkat hingga 38 peratus. Menjelang 2020, kita harap dapat mencapai (jumlah) RM50 bilion (perbelanjaan) untuk membeli-belah,” katanya lagi.

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Najib bentang Bajet selamat menjelang pilihan raya

Bajet 2011 yang dibentangkan hari ini tidak mengambil kira pembaharuan struktural yang dituntut oleh pelabur tetapi sebaliknya bergantung kepada perbelanjaan infrastruktur dan peningkatan pendapatan bagi memacu ekonomi negara dalam menghadapi pilihan raya umum yang dijangkakan tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet yang mensasarkan peningkatan 2.8 peratus dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama mengharapkan defisit negara dapat dikurangkan bagi mencapai 5.4 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan berbanding 5.6 peratus tahun ini.

Menurut perangcangan, Malaysia yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara menjangkakan pertumbuhan 5-6 peratus pada 2011 selepas pengembangan 7 peratus tahun ini berbanding pengecutan 1.7 peratus pada 2009.

"Trend berkenaan adalah perdagangan antarabangsa yang semakin mencabar dengan saingan semakin hebat untuk menarik prelabur asing,” kata Najib.

"Untuk menghadapi cabaran ini, sektor swasta mesti dinamik, kreatif dan inovatif untuk memacu pertumbuhan ekonomi.”

Malaysia memerlukan suntikan pelaburan asing langsung yang sebelum ini susut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008.

Jiran-jiran Malaysia, termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia telah mengatasi negara ini dari segi pengaliran modal asing.

Namun menurut penganalis bajet yang dibentangkan itu cuba memuaskan kehendak pengundi daripada pelabur.

Meskipun rakyat akan dibebankan dengan kenaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus berbanding 5 peratus, tetapi mereka dipujuk dengan pembekuan lima tahun kadar tol, pengecualian cukai telefon bimbit dan juga diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama.

Namun rancangan perbelanjaan RM212 bilion itu dikatakan mengecewakan pelabur kerana kekurangan pembaharuan dalam subsidi negara dan dasar negara yang berasaskan perkauman, kata beberapa penganalis.

"Sebahagian besar pelabur asing tidak akan berpuas hati dengan bajet itu jika mereka tidak diberi apa-apa dalam bentuk wang yang sebenar,” kata James Chin, seorang professor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bajet itu tidak mencapai objektif isu utama iaitu menangani defisit yang sedang dihadapi.

Katanya, ia menumpukan kepada projek mega yang hanya akan menguntungkan kroni Umno-BN.

“Najib langsung tidak menyentuh isu penyelewengan dan rasuah dalam pembentangan belanjawannya.

"Terlalu banyak tumpuan kepada diberikan kepada imbuhan tapi rakyat tidak akan dapat menikmatinya.

"Mereka hanya sebut projek mega tapi hakikatnnya bilion ringgit akan dapat kepada kroni dan rakyat hanya dapat ratusan ringgit," sindirnya.

Anwar berkata belanjawan yang dibentangkan ternyata menjurus ke arah menambat hati rakyat sekaligus menampakkan dengan jelas bahawa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Antara projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>

Belanjawan 2011 Gagal Tangani Masalah Defisit

AI39KUALA LUMPUR 15 Okt - Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menjurus kepada Pilihan Raya Umum dalam tempoh masa yang terdekat dan bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang mengejutkan di dalam pembentangan Belanjawan 2011, Najib dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

"Selalunya belanjawan itu adalah bagaimana menangani masalah ekonomi, menjana pertumbuhan serta menarik pelaburan.

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut.

Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.

"Najib tidak memberikan penyelesaian yang jelas, melemparkan beberapa projek-projek yang besar dan sedikit kemudahan kepada rakyat yang dianggap cukup.

"Tetapi, isu pokok mengenai isu ekonomi negara tidak ditangani," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika dikerumuni media di lobi Parlimen selepas ucapan belanjawan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan bajet tersebut, Anwar berkata beliau akan menjawab soalan itu di Dewan Rakyat Isnin depan. AddThis Social Bookmark Button

Cetak Halaman Ini
Seterusnya >>>