Akta
Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di
Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana
rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat
kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas
sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.Keadaan menjadi hangat
apabila ada pihak dalam BN dan rakyat ramai sendiri merasa takut jika
Akta itu dipinda atau dimansuhkan.
Ini merupakan satu usaha dan
perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan
kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan
oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas
wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa
itu.
Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita
sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan
UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini
dengan begitu ‘expedient’ sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik
pihak tertentu.
Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan
oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu Akta yang
terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan
sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia
diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu
kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk
pembangkang.
Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih
tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan
yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia
memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu
lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran
untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka
mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan
terhadap BN itu.
Ada pandangan dan perbidalan Inggeris, ‘just as
an idle mind is an evil’s workshop, a weak character and a coward is a
devil’s playing field’. Kelemahan ‘character’ kebanyakkan kepimpinan
UMNO pada hari inilah yang menyebabkan pemimpin menjadi penakut dan
sentiasa bersedia untuk memenuhi tekanan pihak yang semakin hari semakin
kuat mendapat sokongan rakyat.
Bagi setengah pendapat Akta ini
amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan
berlaku kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa
sahaja boleh bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa
sekatan kerana politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam
kekecuhan. Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya dalam hidup
ini.
Haiwan yang tidak dikawal oleh undang-undang dan bebas
melakukan apa sahaja pun tidak mempunyai kebebasan sebenar. Harimau yang
garang tidak bebas untuk keluar dari hutan dengan bebas kerana ia
membahayakan dirinya sendiri. Harimau yang tidak berfikiran itu pun
takut untuk keluar ke jalanraya kerana ia akan memudaratkan kehidupannya
sendiri apabila dijumpai oleh manusia yang mempunyai cara dan kaedah
canggih bagi membunuhnya.
Najib mahu memenuhi kehendak semua
pihak kerana beliau ‘desperate’ untuk mendapatkan mandat rakyat dalam
pilihanraya 13 yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran
beliau tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan
menjanjikan pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana
rakyat tetap tidak memberikan sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang
lepas.
Bagi saya Najib sepatutnya tegas dengan Akta yang begitu
penting dan telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi. Kalau pun ia
dipinda biarlah ia dipinda oleh pembangkang jika mereka berjaya
mengambilalih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. BN sepatutnya tegas
mempertahankan Akta yang BN lindungi selama ini.
Sekarang
nampaknya Zahid Hamidi begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini.
Jika Zahid benar-benar komited untuk mempertahankan Akta ini beliau
seharusnya bersedia untuk menjadi korban semata-mata kerana menegaskan
pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini.
Secara peribadi
saya mengenali Zahid ini sejak 32 tahun yang lepas dan saya mempunyai
keraguan terhadap beliau samada beliau benar-benar tegas mempertahankan
Akta ini dengan ‘conviction’ nya yang tinggi. Saya tidak mahu beliau
nampak garang semata-mata untuk mendapatkan penyatuan sokongan
perwakilan UMNO dalam pemilihan parti tidak lama lagi.
Saya
berharap Zahid terus tegas dan jangan tunduk selepas pemilihan parti
nanti. Zahid perlu melakukan ‘follow through’ yang jelas sampai selesai
dan berjaya mempertahankan Akta ini.
Jika Zahid akhirnya berundur
kerana desakan peribadi dan politik UMNO sahaja maka itu bukannya
pemimpin berwibawa. Itu adalah pemimpin ‘mati pucuk’ namanya. Zahid akan
mendapat sokongan ramai sebenarnya. Yang tidak menyokong hanyalah dari
mereka yang mempunyai ‘political affiliation’ yang menebal sahaja tanpa
memikirkan keselamatan negara dimasa depan.
Saya berharap Zahid
tegas dalam isu ini dan jangan tunduk kerana tekanan pihak yang
berkepentingan kepartian semata-mata. Saya berharap Zahid tidak lah
seorang pemimpin ‘mati pucuk’ seperti yang saya sebut sebentar
tadi.Kalau pun akta ini hendak dimansuhkan, elok di paparkan draf Akta
gantian yang menggantikan Akta Hasutan 1948 itu dahulu.
Jadilah
lah pemimpin yang ‘effective’ kepada negara walaupun mungkin tidak
popular dalam jangka masa yang pendek ini. Tetapi Akta ini amat perlu
dikekalkan semata-mata untuk menjaga kestabilan negara untuk jangka masa
yang panjang.
Hanya mungkin boleh dilakukan ialah pindaan
kepada Akta ini sahaja supaya ia tidak mudah digunakan secara
sewenang-wenangnya oleh pihak yang sedang berkuasa yang lemah sekarang.
Mungkin ada kecenderungan ia disalahgunakan oleh pimpinan yang lemah dan
tumpuan perlu dibuat terhadap isu penyalahgunaan oleh mereka yang lemah
atau ‘mati pucuk’ tadi sahaja.
Isu ini benar-benar memberikan dugaan besar kepada Zahid dan kita begitu teruja untuk menunggu kesudahan kepada isu ini.
http://aspanaliasnet.blogspot.com,
0 Komen pengunjong :