Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SPR tolak kiraan undi 'live' PRK K Besut

TAKUT! SPR tolak kiraan undi 'live' PRK K Besut

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak cadangan menteri supaya proses pengiraan undi PRK Kuala Besut disiarkan secara langsung menerusi RTM pada 24 Julai ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding telah diberikan kebenaran untuk berada dalam bilik pengiraan undi.
Beliau menambah, sebagai sebuah badan yang bebas, SPR perlu berlaku adil kerana jika RTM diberikan kebenaran, pihak lain juga akan menuntut perkara yang sama.
"Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain.
"Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut.
Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

0 Komen pengunjong :