Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS boleh menang jika PRK Kuala Besut bersih

Che Long melawat peniaga di pasar tani Kuala Besut.

BESUT: Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat  berkeyakinan jika tiada penipuan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berjalan dengan bersih, calon PAS akan memenangi kerusi tersebut.

Pada PRK Dun Kuala Besut, PAS telah mencalonkan Endot@Azlan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan Che Long bagi menentang calon Barisan Nasional.

Menurut Hanafiah lagi, sepanjang kempen yang berlangsung selama empat hari, beliau melihat sambutan yang amat baik telah diberikan oleh penduduk setempat terhadap Che Long.

"Saya melihat sambutan sangat baik dan saya gembira serta terharu dengan sambutan tersebut, sebahagian besar mereka mengenali dan rapat dengan Che Long.

"Selain itu juga kelebihan yang beliau miliki adalah apabila bertemu dengan penduduk (lelaki) beliau akan sentuh bahu dan ini merupakan satu sikap yang amat penting dalam dunia politik sekarang.

"Sikap tersebut bukan dibuat-buat tetapi merupakan sikap semula jadi beliau sepanjang beliau duduk di sini, saya pasti jika tiada penipuan PAS akan memenangi kerusi ini," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu gerak kerja jentera PAS telah berjalan mengikut jadual selain bantuan dari jentera negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

"Untuk pengundi pulau esok kita akan ke sana, berkampung serta berbuka puasa di sana. Saya yakin mereka mengenali Che Long," sambung beliau selaku Pengurus Kempen PRK itu.

Beliau yang turut berpendapat calon yang ditampilkan oleh PAS adalah calon yang sangat baik dan tepat serta dikenali ramai.

"Che Long telah berjalan dan mengenali orang Kuala Besut sudah lebih 10 tahun adalah satu yang mustahil untuk penduduk di sini tidak mengenalinya.

"Apa yang penting adalah penjelasan kita terhadap PAS agar penduduk dapat menerima kita pada PRK ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kerana semangat bulan Ramadhan dihayati oleh kedua-dua parti yang bertanding tanpa ada unsur fitnah.

Sementara itu, Che Long pagi tadi sempat mengunjungi Pasar Tani di Kuala Besut serta bertemu dengan para pengundi.

1 comment :

  1. kah kah kah!
    mana ada istilah bersih bagi UMNO.

    ReplyDelete