Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Berapa ramai perlu mati untuk tubuh IPCMC? - Shamsul Iskandar

Shamsul-AMKKUALA LUMPUR: Berapa ramai lagi rakyat Malaysia perlu mati dalam tahanan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Demikian reaksi spontan beliau sebaik diminta memberi respon berhubung kematian Chew Siang Giap, 26, di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak hari ini.
Kata Shamsul, dengan insiden terbaru, apakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu terus menegakkan benang yang basah.
“Kematian dalam tahanan telah menjadi polemik dan isu besar negara. Saya tak jangka Zahid mampu beri jaminan tidak ada lagi kematian dalam tahanan,” katanya kepada Keadilandaily.
Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar hari ini mengedarkan satu laporan polis dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen
Bapa mangsa yang menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.
Setiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan ‘kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha’ pada mayat badan anaknya.
Justeru kata Shamsul, telahan Zahid bahawa IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan punah dengan kes terbaru yang dibuktikan.
“Rentetan dari banyak peristiwa yang berlaku kita menggesa kerajaan segera melaksana penubuhan IPCMC. Zahid kata IPCMC tak mengikut Perlembagaan.
“Saya ingin bertanya. Apakah Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari mereka yang memahami dan pakar dalam undang-undang boleh terkhilaf dalam syor mereka?, soal Shamsul.

0 Komen pengunjong :