Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta
‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil
jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai
pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu
mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan
berpecah belah.
Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum
ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara
ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan
penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan
mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih
jelas lagi semasa PRU yang baru lalu ini.
Di sebaliknya kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara
ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman
yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.
Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan
kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui yang
kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah
memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar
ekonomi negara ini.
Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah
menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan
untuk membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja
kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ketahap yang ada pada hari
ini.
Rakan kita dari kaum Cina ini begitu ‘organized’ sehinggakan kempulan
yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana
kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang
kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonmi dan politik.
Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasai harta
kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB
yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak
tahun lapan puluhan dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan
mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negera ini semasa itu,
iaitu dalam lingkungan tahun-tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan
dahulu.
Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong
kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini
tidak akan ada kesetabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan
negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri
telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini
sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat.
Benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi
pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan
dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang
melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negera ini. Sampai kehari ini
matlamat itu tidak dapat dicapai.
Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru
yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama
membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini.
Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan dalam mana orang Melayu
tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan
istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga
hari ini.
Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa pengemis
yang kebanyakan dikalangan yang ada disekeliling mereka yang berkuasa
hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog didalam
media alyernatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oeh bangsa bukan
melayu kerap kita lihat dan terbaca.
Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasaan
politik negara samada dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak
pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh diguna pakai
buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi
kepimpinan negara selepas tahun tujuh puluhan dahulu.
Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima
apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan
yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini
untuk memanjat tangga kekuasaan politik yang sangat asing dari apa
yang kita alami lama dahulu.
Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum berkerjasama
untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu.
Itu sebab saya selalu menyarankan yang negara kita amat memerlukan
pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan
barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini untuk membina
sebuah negara yang baru itu Negara memerlukan seseorang yang
berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk
menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan.
Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru
sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala
mereka mengunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak
pernah mendapat pemdidikan dari ibu bapa mereka.
Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap
walaupun orang yang berbeza penadapat itu bercakap dengan beradab serta
bersopan. Kalau dahulu saya mempunyai pandangan rendah ini terhadap
penyokong BN, selepas pilihanraya apabila pihak yang telah tewas dan
kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu.
Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang
berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai
untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu?
Saya teringat kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar
sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya
mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’.
Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah
mereka memenangi pilihanraya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan
betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini.
Itulah sebabnya saya katakan ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik
bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak
yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu.
Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.
0 Komen pengunjong :