Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM dirikan 40 khemah di Padang Merbok


Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.

Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.

SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.

Namun, sejauh mana mereka mampu bertahan untuk berkhemah mula timbul apabila tandas awam yang diselia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikunci kemas.

Menjawab persoalan ini, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka akan mencari ikhtiar untuk membuka tandas awam itu kelak.

"Kita bukalah mangga tandas itu dan kalau mereka (DBKL) mahu kita tutup semula, kita manggalah pakai mangga lain," katanya.

Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.

Pada masa sama, penggerai-penggerai yang mula berniaga sejak awal pagi tadi di kawasan tempat letak kereta Padang Merbok masih meneruskan perniagaan mereka menjadikan tempat ini seperti tapak pesta.

Menurut Edy, rancangan asal untuk berkhemah sehingga ke hari parlimen mengangkat sumpah akan ditukar kepada berkhemah sehingga tujuh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.

"Namun, kalau kita boleh bertahan sehingga esok tanpa gangguan pihak luar, itu sudah merupakan satu kejayaan besar," kata Edy sambil menambah khemah-khemah lain masih disimpan untuk menggantikan khemah sedia ada yang mungkin dirampas DBKL.

0 Komen pengunjong :