Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

afidavitKUALA LUMPUR 27 JUN: Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Ini bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.
“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – ‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’ yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan ‘Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?’ pada 15 April lalu.
Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.
“Najib tidak boleh mengatakan beliau tidak dinasihatkan berkaitan peraturan ini, memandangkan salah seorang peguam beliau yang menyediakan afidavit-afidavit tersebut, merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan
kes Sharma Kumari dalam tahun 2000,” kata Mat Zain yang dipetik dari surat terbukanya itu.
Sehubungan itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes Fitnah II dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU 13.
“Saya juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan afidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam afidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Pekan pada PRU lalu itu.
“Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu,” tegas Fariz.

0 Komen pengunjong :