PRU13 tidak adil, hanya sebahagian bebas - Ideas


KUALA LUMPUR: Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati merumuskan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah berlangsung dalam keadaan tidak adil.

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata hanya sebahagiannya sahaja bebas tetapi banyak laporan meragukan timbul dan disifatkan mereka sebagai tidak adil.

Menurut Wan Saiful, biarpun SPR berjaya memastikan proses sejak penamaan calon sehingga mengundi berjalan lancar, namun terdapat laporan keraguan terhadap kegagalan dakwat kekal dan pengundi hantu.

"Kedua-duanya adalah isu-isu penting yang perlu ditangani. Walau bagaimanapun, kita meletakkan kedua-dua isu ini dalam konteks kekurangan yang lebih luas iaitu amanah dalam integriti daftar pemilih, dan ianya bukan hanya kelemahan SPR semata-mata.

"Dalam usaha untuk menangani punca masalah ini, perhatian serius perlu diberikan untuk meningkatkan integriti daftar pemilih. Ini melibatkan meningkatkan integriti
Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, yang mungkin bukan bidang SPR," katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa pemerhatian yang boleh memberi indikator bahawa PRU13 kali ini sebagai tidak adil. Ianya seperti:

1. Pihak media berat sebelah memihak kepada Barisan Nasional. Media kerajaan negeri disalahgunakan secara partisan dalam memberi pandangan kepada orang ramai.

2. Terdapat keraguan tentang kesaksamaan SPR dan kecekapan mereka walaupun banyak usaha mereka untuk menambah baik sistem pilihan raya. Mereka sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam dilihat sudah berat sebelah. Ahli-ahli SPR berulang kali mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai partisan. Mempertahankan diri mereka apabila dikritik dan ianya menimbulkan kemarahan orang ramai.

3. Kepercayaan terhadap daftar pemilih adalah rendah. Ini menyebabkan orang ramai ragu apabila terdapat laporan warga asing diterbangkan, apabila mereka melihat individu warga asing hadapan, atau apabila dakwat kekal dilihat sebagai tidak berkesan.

4. Pendaftar Pertubuhan tidak melayan semua parti-parti politik secara adil seperti melambatkan proses pendaftaran parti-parti bukan BN.

5. Saiz kawasan pilihanraya terlalu tidak sama rata, membolehkan parti yang menang kerusi lebih kecil untuk menang parlimen, walaupun tidak menguasai undi popular.

6. Semasa tempoh berkempen, jentera kerajaan dan kemudahan tentera telah berulang kali digunakan untuk tujuan berkempen pada tempoh kempen rasmi.

8. Isu-isu perkauman yang berbahaya dieksploitasi untuk keuntungan politik.

"Oleh kerana sebab-sebab ini, kita menyimpulkan bahawa GE13 hanya sebahagiannya bebas dan tidak adil," kata Wan Saiful.

0 Komen pengunjong :