Menjelang pilihan raya Malaysia esok, media bebas dalam talian
berkata mereka menjadi sasaran serangan Internet yang menapis kandungan
dan akses kepada lamanweb mereka, dan ini telah menafikan hak pengundi
untuk mendapat sumber utama mereka untuk laporan bebas.
Portal
berita bebas muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk mencabar
dominasi media tradisional yang kebanyakannya berkaitan dengan
kerajaan. Kerajaan menafi melakukan sebarang usaha untuk mengganggu
akses kepada Internet menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ketua Pegawai Eksekutif
Malaysiakini,
Premesh Chandran (kiri) ketika mengimbau pengalaman portal beritanya
sewaktu pilihan raya umum 2008, menyuarakan kebimbangannya mengenai
kemungkinan ia akan berulang lagi kali ini.
"Bolehkah kita jalani
kehidupan ini tanpa media yang bebas pada malam pilihan raya,
memandangkan kedua-dua pihak mungkin tidak menerima keputusannya?"
Malaysiakini telah
ditubuhkan pada akhir 1990-an untuk menguji usaha kerajaan untuk
menarik syarikat-syarikat teknologi ke negara ini dengan berjanji tiada
tapisan Internet.
Lamanweb berita yang lain turut muncul, termasuk The Malaysian Insider, pada tahun 2008.
Lamanweb-lamanweb
tersebut telah muncul sebagai sumber penting untuk berdepan dengan
laporan media tradisional, kebanyakan yang dimiliki oleh kepentingan
yang dikaitkan dengan BN.
Penguasaan BN terhadap media adalah
salah satu kelebihan yang penting dalam menangani kebangkitan
pembangkang yang semakin kuat seperti dalam pilihan raya 2008.
Pilihan
raya umum esok dijangka menjadi yang paling sengit di mana ceramah
kempen pemimpin politik pembangkang telah menarik hadirin yang besar di
kawasan bandar tetapi agak kurang di kawasan luar bandar, yang kurang
akses internet.
Malaysia berada pada kedudukan ke-145 dalam senarai 179
negara
dalam laporan World Press Freedom tahun ini yang dikeluarkan oleh
Wartawan Tanpa Sempadan. Ia adalah kedudukan terendah bagi Malaysia.
Satu
tinjauan yang dikeluarkan semalam oleh Universiti Nottingham kampus
Malaysia dam Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati media dalam talian
memberikan liputan hampir sama kepada pembangkang dan pihak kerajaan,
manakala media tradisional memberi tumpuan kepada gabungan BN dan
parti-parti komponennya "dengan margin yang sangat ketara".
Malaysiakini,
lamanweb seumpama itu yang paling popular, telah berdepan dengan
pelbagai cabaran, termasuk serbuan polis, tidak dibenar menghadiri
sidang akhbar, dituduh ada kaitan dengan ejen dan diminta menurunkan
kandungannya, kata Chandran.
0 Komen pengunjong :