KUALA LUMPUR:
“Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan
pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan
(Datuk Seri) Anwar.”
Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.
Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.
“Ia
untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi
diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman
Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana
Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada
Harakahdaily.
Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk
mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.
“Najib tahu dan
ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin
yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin
sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya
dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.
Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.
“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.
Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?
“Untuk
mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan
Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan
timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika
dibandingkan dulu.
"Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan
sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua
negeri tersebut sebagai fixed deposit BN,” jawab sumber Umno itu.
Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet.
“Ego
tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum
Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS
yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang
ada pada mereka?
"Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan
kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya
Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang
lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan
Islam,” terang sumber Umno itu.
Harakahdaily sempat bertanya, “Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?”
“Ya.
Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah
berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet.
"Dalam
PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet
menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda
berinternet tolak BN secara total.
"Lukislah sempadan macam mana
pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini
akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini
lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan
persempadanan semula,” tegas beliau sebelum telefon terputus.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
2 days ago
Gua nak komen kementerian pertahanan jer... start esok dah boleh paten unifom bentuk macam mana tapi pink karer... wajib gitu mak suke sangat
ReplyDelete