Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kartunis lancar gerakan bantah penipuan p'raya


Satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Kartunis Independen (KKI) hari ini melancarkan gerakan untuk menyebarkan kesedaran mengenai penipuan pilihan raya melalui karya seninya.

Melalui gerakan 'Kartunis Menentang Penipuan Pilihan Raya (CAEF), ia akan mengadakan pameran di seluruh negara dan menerbitkan sebuah buku kartun mengenai bahaya penipuan pilihanraya dan mengapa ia perlu ditentang.

Ketua kumpulan tersebut, Zulkiflee Anwar Haque atau lebih
dikenali sebagai Zunar (kanan) mendakwa bahawa Malaysia telah menjadi negara model penipuan pilihan raya.

Katanya, dulu orang merujuk kepada Zimbabwe dan presidennya, Robert Mugabe.

Tetapi kini, dakwanya, jika orang mahu menipu, mereka merujuk kepada (Perdana Menteri Malaysia) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menurutnya terdapat penipuan yang begitu banyak.

Kumpulan itu juga mengadakan pameran di sebuah padang di
Petaling Jaya hari ini, dengan pelbagai kartun yang bertemakan penipuan pilihan raya.

Sebanyak 13 kartunis diketengahkan dalam pameran itu, termasuk Zunar, Johnny Ong,  Megat Roslan Abdul Wahid dan Mohd Affandi Ramli.

Terdapat juga beberapa aktiviti mengumpul dana di sekitar kawasan pameran itu untuk gerakan tersebut, termasuk jualan buku komik dan lukisan karikatur.

Tetamu kehormat, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar tiba pada kira-kira jam 5.15 petang pada penghujung pameran tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menggesa hadirin sekitar 50 orang untuk terus menyuarakan bantahan terhadap penipuan pilihan raya.

Katanya, ini kerana tanpa bantahan yang jelas terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, rakyat tidak akan merasakan kebebasan atau melihat aspirasi mereka menjadi kenyataan.

"Jadi, apa yang saya akan meminta? Hari ini, melalui kartun dan melalui apa-apa cara yang mungkin, bantu kami untuk menyebarkan maklumat, "katanya.

0 Komen pengunjong :