“BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu”

khalid samad pc PR Selangor 6 mei 02

SHAH ALAM, 6 MEI: Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.
Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.
“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.
“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.
“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.
Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.
BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.
Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen.

3 comments :

  1. sy nak kemukakan satu soalan kepada yg pernah bertugas dlm bilik mengundi.
    Adakah anda rasa kemungkinan salah kira di depan polling agent ???
    Kalau ya ... adakah perkara ini tidak dibetulkan di situ juga sehingga betul dan borang 14 ditandatangani oleh ketua tempat mengundi dan kedua2 polling agent ???
    Di bilik tempat mengundi inilah sebenarnya telah berlaku proses pengiraan yg paling tepat dan telus. Peluang untuk tersilap boleh dikatakan 0.00%.
    Soalan saya.. apa perlu pengiraan semula ???
    Jawapannya mudah, kerana peti undi telah ditukar samada dalam perjalanan atau di tempat penjumlahan undi. Sebab itu black out berlaku. Pernahkah selepas pengiraan semula, pertambahan undi berpihak kepada pembangkang ??? itu saya tidak pasti. Mungkin ada untuk mengaburi mata ..
    Oleh itu, untuk telus ...peti undi ini hendaklah senantiasa dapat dilihat oleh polling agent. Tp kenapa polling agent tidak dibenarkan untuk bersama dengan peti undi sehingga segala proses selesai ??? Ya .. kerana peti undi baru tentu terdapat borang 14 yg telah dimanipulasi.
    Apakah anda yakin undi awal yg disimpan selama 5 hari dengan bukan di depan mata polling agent ??? Jawapannya ada pada anda.
    PR perlu segera mengumpul maklumat di semua pusat yg berlaku penjumlahan semula...kemudian bawa perkara ini ke muka pengadilan kerana saya amat musykil dengan keputusan pru 13 ini.

    ReplyDelete
  2. jumlah 5.3 juta undi yg diperolehi bn ni pun setelah ditambah bila peti undi ditukar. Jumlah kepada pr sebenarnya akan bertambah dan kepada bn berkurang jika pertukaran peti undi tidak berlaku.

    ReplyDelete
  3. rakyat boleh terima kekalahan, tapi bukan dengan cara menipu.

    ReplyDelete