Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beratur bersama rakyat, Anwar & Wan Azizah selesai buang undi

SONY DSC

PULAU PINANG 5 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Ketua Umum KEADILAN yang segak bersongkok dan berkemeja putih itu tiba seawal jam 8.30 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail.
Sejak jam 7.30 pagi lagi, petugas media dari dalam dan luar negara sudah berhimpun untuk membuat liputan kehadiran Anwar di sekolah itu.
Anwar dan isteri yang mengundi di saluran satu beratur bersama-sama pengundi lain bagi membuang undi sekitar jam 9 pagi.
Bercakap kepada media selepas membuang undi, Anwar yakin Pakatan Rakyat mampu mencapai kemenangan pada pilihan raya umum kali ini yang keputusannya diketahui malam ini.
“Kita harap Datuk Seri Najib Razak dan sesiapa sahaja sama ada kalah atau menang menerima keputusan dengan hati terbuka tanpa sebarang provokasi.
“SPR juga sedang dipantau oleh petugas dan pemerhati untuk memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka secara adil dan telus.
“Peralihan kuasa yang akan berlaku hari ini mesti diterima oleh sesiapa sahaja,” katanya yang turut melawat beberapa pusat pengundian dalam Parlimen Permatang Pauh.
Berdasarkan perkembangan semasa dan kehadiran puluhan ribu rakyat dalam kempen pada hari-hari terakhir, Anwar yakin Permatang Pauh kekal di tangan Pakatan, malah keseluruhannya mampu mengatasi BN.

0 Komen pengunjong :